TERIMA KASIH..

Friday, June 18, 2010

Duit Terselit

Lama tak cerita tak semestinya takde cerita tapi mungkin malas bercerita @ tak tercerita, tak mahu bercerita.. Tapi kalini nak bercerita tentang DUIT TERSELIT.. Ya saya memang suka menyelitkan duit di dalam purse..Konon-kononnya bila takde duit akan menyelongkar purse sendiri dan menjerit " Yeay, jumpa duit terselit..ada lagi duit rupanya.." Sudahlah sampai bila takkan dapat jerit camtu sebab setiap kali menyelitkan duit pasti akan ingat tambahan lagi ketika waktu ini..ketika bergelar PENGANGGUR..

Baru berberapa hari menyelitkan duit RM100 yang telah diberikan oleh seseorang yang baik hati tangan ni dah gatal nak membeli..beli ape lagi kalau bukan barang2 anak2 bulus..Kereta dipandu laju menuju ke petshop St. Angel Equine..Ketika melambai2 uncle di luar pintu uncle membuka pintu sambil mencebik "2 tahun sekali baru datang..." Memang dah lama tak menjenguk ke kedai ni semenjak makanan anak2 bulus telah ditukarkan dari Iams Kitten ke Blackwood Kitten.. Kedai ni memang takde jual Blackwood.. Setelah tawaf kedai sebanyak 3x termasuk sekali tawaf bila anjing gergasi masuk kedai akhirnya saya rembat benda ni utuk anak2..


Pastinya kalau nak beli tak boleh beli satu..kena beli dua kerana tidak mahu dianggap tidak adil oleh mereka a.k.a anak2 bulus.. satu berharga RM13.50 dapat diskaun 10% jadi dua berharga RM24.30.. Hati masih belum puas kerana asalnya nak mencari scratching pad untuk mereka.. kat sini ada scratching pad tapi kecik sangat..sekali anak2 bulus bergayut pasti putus talinya.. Berbalik ke cerita anjing gergasi tadi..Rupanya masih puppy sebab baru berusia 6 bulan..Sila bayangkan bila umur dia dah 6 tahun..Eh cemana anda nak bayangkan sebab yang tengoknya saya.. Jadi abaikan..Pencarian diteruskan di kedai lain..kalini dekat dengan Grand Union..1st time gi kedai ni.. Nama kedai tak ingat..Tak sempat pandang pun signboard..tapi still tak jumpa apa yang dicari..teringat pula drinking bottle mereka kurang satu di tingkat atas..jadi sempat rembat satu berharga RM18.90 dapat kurang jadi RM18.00.. Sekarang dua2 cage ada dua drinking bottle..Barulah adil kan..

Malam operasi diteruskan di Pet Lovers Centre Mines..Jumpa dah ape yang dicari.. Satu RM20.80 dapat diskaun 5% so beli dua RM39.50..


Puas hati apabila dapat memberikan anak2 bulus keseronokan bermain.. Bertuahlah kamu wahai anak2 bulus..Cepat doakan mama dapat kerja supaya dapat membeli-belah untuk kamu lagi..Kerja jadi cashier or promoter pun layan sementara tunggu posting..haha..saya pun tak pasti mahu meneruskan kerjaya guru atau tidak..Sama2 tunggu apa kesudahannya..Selamat bermain anak2 ku sayang..


Duit RM100 kini tinggal lebih kurang RM20.00.. Teringat untuk menghidupkan kembali no hp lama..seronok rasanya sebulan hidup takde hp.. tak seronok sebab kena jadi operator telefon kat umah sebab kebanyakan panggilan pasti untuk saya memandangkan saya tak pakai hp..jadi mereka yang lain malas untuk mengangkat telefon.. Bagusnya telefon kat uma tidak perlu di bawa ke mana2 walaupun kamu hanya mahu pergi ke pasar..seronokkan??.. Jadi sekarang kepada teman2 kalau mahu mencari saya anda boleh telefon saya di no hp lama saya.. Nak buat sim card baru guna no lama kena charge RM10.00.. saya adalah pelanggan setia Maxis.. dan untuk menghabiskan duit RM100 itu saya menopupkan hp saya RM10.00..Jadi tamatlah riwayat duit terselit..Sekian..

P/S : Adakah anda suka menyelitkan duit??

4 comments:

bylindakitchen said...

hai qisya
bersua kembali.
sudah abis praktikal ker?
nantie update lagie yerk.
kali nie wajah2 mereka plak.
winduuuu

Qisha said...

hai lin..dah abes praktikal da..nanti qisha update wajah anak2 bulus plak..

YaYa said...

hye qisha!

long time no hear...
sihat ke...
nnti update story lagi k..
bye..~

Qisha said...

hai yaya..sihat..nant update lg eh..thanks singgah