TERIMA KASIH..

Monday, July 5, 2010

Siapakah Saya???

Dapat kuiz ni kat blog Sharz.. Pagi2 masuk kije terus buka blog.. Ni baru hari ke 3 bekerja.. Pekerja berhemah kan.. Seronok nak buat sebab tak sabar nak tengok citer ni kat wayang.. So selepas di tafsir inilah hasilnya..

You're an Alice!

You're an Alice!

You are intelligent, outgoing & stylish.  A true girly girl, you love shopping & makeovers. 
 Although you are a generous friend, you can be coy, tricky & very persuasive in order to
 get your way.  You are known to zone out occasionally during conversations, but your
 friends forgive you because you are understanding, supportive & know how to throw one
 heck of a party!

Find out which female character you are!

Sunday, July 4, 2010

Mana Nak Dapat Suami Mithali???

Mana nak cari suami mithali macam abah??? Abah sekarang bekerja di Penang tapi tiap kali Jumaat menjelma abah pasti sudah tercegat di depan pintu rumah..Perjalanan dari Penang ke Serdang paling kurang 4 jam.. Abah ulang alik naik Waja yang sudah berusia 7 tahun..


Ummi hari2 berulang alik ke UPM naik Honda City.. Honda City yang abah hadiahkan.. Ade ke husband yang bagi wife dia Honda City.. Ada tapi selalunya husband dia akan pakai kereta yang lebih UP..paling kurang pun CRV..hehe.. Bukan Waja atau kancil.. 


Kesimpulannya kena cari husband yang mithali macam abah.. Mana nak cari?? Saya pun tak tahu sebab jodoh di tangan Tuhan..Kalau tak dapat suami mithali pon harap saya akan jadi isteri mithali.. Amin..

Hanya Kata Kemaafan Dapat Ku Pohon..

 

 Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
Disetiap doaku
Bangkitkan setiap
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah
Bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
 
Lagu ni ditujukan untuk saya.. Sangat sedih.. Maafkan sayang bie.. Mungkin ini yang terbaik buat kita.. Doakan yang terbaik buat saya..

Saturday, July 3, 2010

Cinta Terakhir

 


Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya..

Friday, July 2, 2010

Kalau Kamu Cun Tak Boleh Makan Petai


Harini rasa nak cerita pasal PETAI..saya adalah peminat tegar PETAI..mungkin sebab dari kecik saya dibela oleh nenek jadi ketika kanak2 lain seusia saya hanya menikmati susu lembu tapi saya telah disuap nasi berulamkan petai sedari umur 4 tahun..Terlalu fanatiknya saya terhadap petai sampai saya pernah sakit perut kerana makan petai terlalu banyak.. So, berhentilah sekejap makan petai..tapi kejap je..pastu bila nampak je petai terus sambar..Macam buaya nampak daging..

Tapi ada beberapa syaratla bila saya nak makan petai ni..saya takkan makan petai selain kat rumah..sebabnya nanti kalo makan kat tempat lain tak dapat gosok gigi..Jadi lepas makan petai WAJIB gosok gigi kalau tak anda pasti menyumbang kepada pencemaran udara..Mungkin sebab tu ramai yang tak suka petai terutama awek2 cun..Nasibla saya tak cun..kalo tak kena control nafsu untuk makan petai.. Lagi satu saya kureng suka petai jeruk..lagi suka yang fresh dan rangup.. dan saya make sure bila nak buang gi toilet dan bukan bilik air.. Pastikan bila keluar toilet takde bau yang tinggal..

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Tapi fanatiknya saya terhadap petai takdelah sampai nak juin Kelab Penggemar Petai Satu Malaysia.. Tapi sape2 yang rasa nak juin boleh klik SINI..

Thursday, July 1, 2010

Saya Bangga Menjadi Warga UPM Sepanjang Hidup Saya..


Rumah berdekatan UPM..

Kecik2 mandi kat kolam UPM..

Tiap2 tahun gi expo UPM..

Mak keje UPM..

Diploma 4 tahun di UPM BINTULU..

Degree 4 tahun di UPM SERDANG..

Bercinta di UPM..

Bergaduh juga di UPM..

  Harini jadi kerani kat UPM..

UPM DI HATIKU...

Sampai bila UPM??

Tiada siapa yang tahu begitu juga aku..

 
tapi lagu UPM pun tak hafal..