TERIMA KASIH..

Wednesday, June 30, 2010

Kami bertiga..

Kami selalu ambil gambar bertiga..Walaupun ada yang cakap ambil gambar bertiga ni tak baik..nanti salah seorang akan meninggal..Betul ke?? Setakat ni masih bernyawa la kami bertiga..Nyawa2 ikan pun tak pernah..tapi kalau saya bab DUIT memang selalu nyawa2 ikan..Antara gambar kami bertiga ketika menyambut kemenangan umat Islam dalam menahan lapar & dahaga selama 1 bulan.. Cukup ke sebulan??

Raya 2007
Raya 2008 (Mengapa ada yang sesat menjadikan kami berempat..yang belakang tu cukup kot sebulan)
Raya 2009

Masih bergambar bertiga..Kadangkala pakai baju pun nak sama..
Kami wanita berbaju kotak..
Walaupun coraknya berbeza tapi jenis kainnya tetap sama..

Ketika bersosial kadangkala kami lebih suka bertiga..

Ini pulak gambar terakhir kami bertiga..Ini bukan cerita sedih..dan apa yang orang cakap pasal tak elok ambil gambar bertiga tidak menjadi kenyataan tetapi orang yang selalu ambilkan gambar ketika kami bertiga tu dah sambung belajar kat UITM Penang..Gambar tu masa dalam kereta nak menghantar dia la.. Ya kami adik beradik yang ummi & abah yang sama tapi kami berbeza rupa & selalu mencari persamaan dalam pemakaian..

Rapatkan kami sehingga saya dipanggil GEMOKS, yang selalu ambilkan gambar tu kami panggil KURUS..Kenapa dia je yang selalu kena ambilkan gambar sebab tangan dia kurus dan panjang.. dan yang sorang lagi tu PENDEK..Apa yang sedang kami lakukan sekarang?? Si kurus sedang berusaha menggemukkan diri di Penang, si pendek sedang cuba meninggikan diri..Eh, da tak boleh dah sebab gigi belakang dia dah tumbuh.. Si gemoks pulak tak habis2 menanam azam nak kurus tapi harini aje dah makan 3 pinggan nasi..Gemoks berazam untuk start diet esok..Chaiyok2!!

Masih tak cukupkah dua yang ada??

Entry kalini untuk tontonan 18sx..Jadi kiranya ianya berbaur lucah saya minta maaf..tapi tatkala memandang Lotus berkeadaan begini terus terasa geli hati..


Tido lena sangat sampai tak sedar gambarnya di ambil buat tatapan 18sx..maafkan mama sayang..bola tu mama beli untuk dibuat main bukan dikepit tatkala tidur..Biar dua asalkan kecil dan padan..jangan satu tapi besar tak padan..Sudah qisha sudah merapu..berhenti menulis sekarang.. Sekian..

Pasangannya adalah..


Harini masuk 3 hari Hero at my house..1st day Hero kat rumah saya letak dia bersama Violet ngan Kitryna.. Pagi esoknya saya tengok Kitryna dah "terberon" ngan mata kanannya sepet sebelah..tak lain tak bukan takut ngan Hero..Saya tengok Hero tak usik dia pun tapi mungkin sebab badan & kepala Hero yang besar dia ketakutan..So saya tukarkan Kitryna dengan Adeeni..sukalah si Hero dapat awek cun..Adeeni lebih cool..

Ingatkan masalah dah selesai rupanya tak..si Violet plak sampai "terken" bila si Hero dekat ngan dia..Suara tak payah cakaplah..berbatu2 boleh dengar lagi..Kali ni terpaksa tukarkan Violet ngan anak yang baru je baligh tak lain tak bukan Bluey..Setakat ni tengok mereka serasi lagi bertiga..kalau tak ngam jugak dah tak boleh buat ape lagi dah Hero..anak betina mama ada 4 ekor je tak termasuk Princess yang tak duduk dalam cage..
So sekarang Hero dapat dua awek iaitu Adeeni ngan Bluey..Lotus pun dapat dua awek iaitu Kitryna ngan Violet..Adilkan??
 Hero, Adeeni & Bluey

Lotus, Kitryna & Violet

Monday, June 28, 2010

My New Baby..


Hi everyone.. This is my new baby "HERO".. Akhirnya tercapai jugak cita-cita nak memiliki kucing berwarna oren..Hero adalah anak jantan mama bulus yang sangat manja berumur setahun lebih.. Masih dalam proses menyesuaikan diri lagi..Sekarang Hero dalam cage Violet & Kitryna.. Hero memang macho tapi anak2 betina mama bulus plak yang garang2 ngan Hero..

Harap2 Hero dapat sesuaikan diri secepat mungkin dan dapat adjust perut dia ngan makanan blackwood kitten ni..Indon kat petshop tu cakap bulu Hero sebenarnya lagi panjang tapi sebab mereka campur2kan makanan dia bulu dia banyak gugur.. Hope lepas ni Hero akan makin gebus di bawah jagaan mama bulus.. tapi sejak terbaca kat blog lin yang ada anak2 bulus dia yang keguguran bulu akibat makan blackwood kitten baru saya perasan mengapa keguguran bulu juga terjadi kepada Violet & Lotus.. Next month kena tukar balik ke blackwood adult la nampaknya..Jimat sket duit..

Ni Hero masa kat petshop..Kesian dia duduk dalam cage kecik..Nampak kepala aje besar..


Wednesday, June 23, 2010

Mereka sangat CUMEL..

Mereka sangat cumel..suka sangat tengok..mereka boleh bertukar dari kucing kepada itik ataupun arnab..Nak cuba juga memberi baju kepada anak2 bulus tapi seseorang berkata panas nanti..Betul gak.. dah la bulu anak2 saya ni banyak2 belaka..tambah lagi ngan baju..bayangkan jika waktu tengah hari..mesti panas..jadi kuburkan je hasrat itu.. Suka sangat gambar last tu..red riding hood..kucing kedua yang pakai baju santa claus tu plak seperti sedang berkata "Mengapa saya dipaksa memakai kostum ini?"..Sungguh mereka sangat cumel..

Tuesday, June 22, 2010

Salahkah kucing yang hanya berotak atau salahkah manusia dikurniakan akal???

Kadangkala ada banyak benda dalam dunia ni yang saya tak faham..contohnya semalam..masa makan di kedai mamak kami duduk bersebelahan dengan meja pasangan keling yang sedang makan..Keling tu makan banyak saya tak heran tapi perangai mereka tu yang buat saya naik heran sampai saya naik marah a.k.a naik darah.. Ada ke patut si boyfriend yang berlagak gagah di depan girlfriend nya memanggil kucing yang ada kat situ yang kononnya nak dihulurkan sedikit makanan tetapi apabila kucing tersebut mendekati dipukulnya kepala kucing tersebut dengan kotak tisu palstik berwarna pink..Si girlfriend dengan aksi kononnya seksi tersenyum dan ketawa melihat kucing tersebut lari kesakitan..Saya yang melihat ni seksa dorang tak fikir.. Setakat boyfriend kamu yang hanya boleh berlagak gagah depan haiwan yang sedang lapar tu kamu nak banggakan?? Besok kepala anak kau plak dia pukul ngan kayu.. tak faham betul..

Dua kali melihat aksi mereka saya rasa cam nak tegur je..kalaulah kamu sebangsa dengan saya pasti saya akan menegur perangai kamu yang tak berakal tu..rasa nak ambil gambar mereka dan tampal poster "WANTED" agar pencinta haiwan seperti kami akan tahu kamu berdualah manusia yang mempunyai otak tapi tak menggunakan akal..apakan daya h/p saya tak berkamera..huhu.. bukan bangsa atau agama yang menjadi persoalan tapi hanya sikap keperimanusiaan kita yang dapat membezakan kita dengan haiwan..Saya sangat beremosi..Sekian.. 

P/S : Maaf takde gambar..kan saya dah bagitau yang h/p saya takde kamera..

Monday, June 21, 2010

Tuah ayam nampak di kaki..tuah saya nampak di tangan..

Betapa bertuahnya saya menjadi salah seorang anak kepada pasangan Ab. Razak Hussin & Siti Jumaah Osman..Sempena tamatnya pengajian saya dalam Bacelor Pendidikan Bimbingan & Kaunseling saya mendapat seutas jam tangan baru.. Seronok sampai malam tak boleh tidur..teringat zaman kanak2 bila esoknya nak gi rombongan malam mesti tak boleh tidur..

Saya sangat sayang mereka berdua..Teramat sayang sebab mereka telah menjadikan saya "manusia".. Menjaga, mendidik,  mengajar, menyusukan (pastinya mak saya yang buat kerja ni).. Banyak sebab mengapa saya amat sayang pada mereka..dan salah satu sebabnya pastinya jam ini yang berharga RM748.00.. Mekasih abah ngan ummi..



Dalam hati berkata2..Bakal husband terpaksa beli jam hantaran yang lebih mahal daripada ni supaya beliau tidak rasa segan dengan kedua ibubapa saya.. Entry ni bukan untuk berlagak sombong tapi hanya untuk berkongsi kegembiraan dan betapa saya harus menyayangi ummi & abah..Tidakkah begitu???

Friday, June 18, 2010

Duit Terselit

Lama tak cerita tak semestinya takde cerita tapi mungkin malas bercerita @ tak tercerita, tak mahu bercerita.. Tapi kalini nak bercerita tentang DUIT TERSELIT.. Ya saya memang suka menyelitkan duit di dalam purse..Konon-kononnya bila takde duit akan menyelongkar purse sendiri dan menjerit " Yeay, jumpa duit terselit..ada lagi duit rupanya.." Sudahlah sampai bila takkan dapat jerit camtu sebab setiap kali menyelitkan duit pasti akan ingat tambahan lagi ketika waktu ini..ketika bergelar PENGANGGUR..

Baru berberapa hari menyelitkan duit RM100 yang telah diberikan oleh seseorang yang baik hati tangan ni dah gatal nak membeli..beli ape lagi kalau bukan barang2 anak2 bulus..Kereta dipandu laju menuju ke petshop St. Angel Equine..Ketika melambai2 uncle di luar pintu uncle membuka pintu sambil mencebik "2 tahun sekali baru datang..." Memang dah lama tak menjenguk ke kedai ni semenjak makanan anak2 bulus telah ditukarkan dari Iams Kitten ke Blackwood Kitten.. Kedai ni memang takde jual Blackwood.. Setelah tawaf kedai sebanyak 3x termasuk sekali tawaf bila anjing gergasi masuk kedai akhirnya saya rembat benda ni utuk anak2..


Pastinya kalau nak beli tak boleh beli satu..kena beli dua kerana tidak mahu dianggap tidak adil oleh mereka a.k.a anak2 bulus.. satu berharga RM13.50 dapat diskaun 10% jadi dua berharga RM24.30.. Hati masih belum puas kerana asalnya nak mencari scratching pad untuk mereka.. kat sini ada scratching pad tapi kecik sangat..sekali anak2 bulus bergayut pasti putus talinya.. Berbalik ke cerita anjing gergasi tadi..Rupanya masih puppy sebab baru berusia 6 bulan..Sila bayangkan bila umur dia dah 6 tahun..Eh cemana anda nak bayangkan sebab yang tengoknya saya.. Jadi abaikan..Pencarian diteruskan di kedai lain..kalini dekat dengan Grand Union..1st time gi kedai ni.. Nama kedai tak ingat..Tak sempat pandang pun signboard..tapi still tak jumpa apa yang dicari..teringat pula drinking bottle mereka kurang satu di tingkat atas..jadi sempat rembat satu berharga RM18.90 dapat kurang jadi RM18.00.. Sekarang dua2 cage ada dua drinking bottle..Barulah adil kan..

Malam operasi diteruskan di Pet Lovers Centre Mines..Jumpa dah ape yang dicari.. Satu RM20.80 dapat diskaun 5% so beli dua RM39.50..


Puas hati apabila dapat memberikan anak2 bulus keseronokan bermain.. Bertuahlah kamu wahai anak2 bulus..Cepat doakan mama dapat kerja supaya dapat membeli-belah untuk kamu lagi..Kerja jadi cashier or promoter pun layan sementara tunggu posting..haha..saya pun tak pasti mahu meneruskan kerjaya guru atau tidak..Sama2 tunggu apa kesudahannya..Selamat bermain anak2 ku sayang..


Duit RM100 kini tinggal lebih kurang RM20.00.. Teringat untuk menghidupkan kembali no hp lama..seronok rasanya sebulan hidup takde hp.. tak seronok sebab kena jadi operator telefon kat umah sebab kebanyakan panggilan pasti untuk saya memandangkan saya tak pakai hp..jadi mereka yang lain malas untuk mengangkat telefon.. Bagusnya telefon kat uma tidak perlu di bawa ke mana2 walaupun kamu hanya mahu pergi ke pasar..seronokkan??.. Jadi sekarang kepada teman2 kalau mahu mencari saya anda boleh telefon saya di no hp lama saya.. Nak buat sim card baru guna no lama kena charge RM10.00.. saya adalah pelanggan setia Maxis.. dan untuk menghabiskan duit RM100 itu saya menopupkan hp saya RM10.00..Jadi tamatlah riwayat duit terselit..Sekian..

P/S : Adakah anda suka menyelitkan duit??