TERIMA KASIH..

Friday, July 2, 2010

Kalau Kamu Cun Tak Boleh Makan Petai


Harini rasa nak cerita pasal PETAI..saya adalah peminat tegar PETAI..mungkin sebab dari kecik saya dibela oleh nenek jadi ketika kanak2 lain seusia saya hanya menikmati susu lembu tapi saya telah disuap nasi berulamkan petai sedari umur 4 tahun..Terlalu fanatiknya saya terhadap petai sampai saya pernah sakit perut kerana makan petai terlalu banyak.. So, berhentilah sekejap makan petai..tapi kejap je..pastu bila nampak je petai terus sambar..Macam buaya nampak daging..

Tapi ada beberapa syaratla bila saya nak makan petai ni..saya takkan makan petai selain kat rumah..sebabnya nanti kalo makan kat tempat lain tak dapat gosok gigi..Jadi lepas makan petai WAJIB gosok gigi kalau tak anda pasti menyumbang kepada pencemaran udara..Mungkin sebab tu ramai yang tak suka petai terutama awek2 cun..Nasibla saya tak cun..kalo tak kena control nafsu untuk makan petai.. Lagi satu saya kureng suka petai jeruk..lagi suka yang fresh dan rangup.. dan saya make sure bila nak buang gi toilet dan bukan bilik air.. Pastikan bila keluar toilet takde bau yang tinggal..

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Tapi fanatiknya saya terhadap petai takdelah sampai nak juin Kelab Penggemar Petai Satu Malaysia.. Tapi sape2 yang rasa nak juin boleh klik SINI..

8 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

wah peminat tegar petai.
salute lah.
jering suka tak?
family lin memang suker petai.
tapie lin tak suka.
bukan sbb nak kontrol ker apa.
tapie sbb paittttt ya amat.
kalo telan kompem kuor balik.

Qisha said...

jering atau keldas a.k.a geduak tak suka..tak penah try pon..hehe

Amanina said...

jering ni pahit sikit bila makan tu. macam kelat kat gigi. tapi nak rasa selesa makan, boleh rebus lame2 jering tu. sedap!

meowwmania said...

baru blajar2 nak makan petai huhuu...

yer...perkara wajib buat slps mkn petai gosok gigi dan kumur listerine ;)

ehh cop cop..pas mkn mmg kena gosok gigi kann?? cuma bezanya xyah kumur listerine bagai ngeh ngehh~

Lieya said...

Yahhhhh PETAI mmg sangat sedap dan berkhasiat walaupun baunye kurang menyenangkan semua org. Tapi i likeeee.. kan Qisha kann, rugi mereka2 yg x suke makan.

Juz Call Me Sharz said...

petai kdg2 je mkn..tp bile msk ngn sambal udang....fuhh sedap lagi klu pedas...

Papa meow said...

Kebetulan kt umah ni pokok2 petai tgh lebat berbuah hehehe

kenduri petai le :D

Kucing Comel said...

Wah, perempuan cun tak boleh makan petai ye? hehehehe