TERIMA KASIH..

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

HARI MENGHABISKAN DUIT..


Setelah pening di dalam klas my the other half menyuntik semangat dengan belanja i makan tengah hari kat Manhattan Fish Market Alamanda..da lama nak makan kat sini..harini baru termakbul..suka sangat makan kat sini coz i love seafood..sape yang suka makan ikan ngan seafood cubala makan kat sini..
Kitorang order manhattan seafood platter for two, ice lemon tea ngan mineral water total RM65.00..nak tau menu or lebih tentang manhattan klik SINI..

Petang pulak adalah waktu shopping untuk anak2 bulus..asyik mama bulus je shopping kan..cet mentang2 da dapat PTPTN..kat mana lagi kalau nak shopping buat anak2 bulus ni kalau tak St Angel Equine..
Ya i telah berhabis sebanyak RM223.20..sumanya untuk kamu anak2 ku..

Makanan ni berharga RM145.00 for 9kg tapi dapat diskaun 15% so RM123.20..Disebabkan my loyalty card da penuh so i dapat 3kg free..so bulan depan lambatla sket beli makanan mereka..

Pasir plak saja nak cuba pasir yang baru tapi mahal sket RM23.00 untuk 10 liter..pasir kat sini memang takde diskaun..stok sebulan kenala beli dua..tak tau la bagus ke tak pasir ni..bila da cuba nanti i bagitau ok ke tak..
Last skali tercapai gak hasrat nak beli carrier dorang..carrier lama my the other half punya da pecah..so slama ni kalau nak bawak dorang gi jumpa doc tak masuk dalam carrier darang mesti nyorok bawah seat..warna pilihan adalah orrange..ingat nak amik yellow my fav colour tapi nampak cam cepat kotor..harga asal RM60.00 tapi ada 10% diskaun so RM54.00..puas hati..
I tak kesampaian nak beli ubat kutu frontline combo and grooming powder sebab takde stok..kena tunggu minggu depan..so anak2 minggu depan mama akan shopping untuk kamu lagi yer..

Sunday, December 27, 2009

HARI KHAMIS..

Hari Khamis maklong wat kenduri doa selamat tengah hari.. so i pun gi la..rumah maklong ni kat Senawang.. Petang tu plak abang ajak gi Jusco Seremban..i pun ikut je..abang belanja makan Kenny Rogers Roasters..kalau abang balik memang gemuk la i..
i pun amik kesempatan untuk usha kasut bertumit for my praktikal..last2 berkenan ngan kasut Sembonia gak..adakah i da addict ngan jenama ini? oh tidak rasanya..semuanya kebetulan..harga RM99 tapi kali ni 20% je offer so i bayar guna voucher i yang RM20 tu balance dia abang yang bayar..thanks abang..

abang pujuk suruh i tido rumah maklong that nite tapi i cakap i ngan adik (just two of us) tak bawak baju..abang cakap "takpe, abang blanja beli baju tido korang tido je umah abang esok pagi2 balik la.." i pun tak sampai hati ditambah keseronokkan kalau dapat baju tido baru..i pun cakap "OK"..i memang sangat suka beli baju tido..sebab dari kecik mesti ada baju tido raya abah beli..so sampai besar suka beli baju tido..abang blaja beli baju tido scarlet RM29 ada gambar kambing biri2 di depan berwarna pink..sangat cute..nak tengok ke? jangan harap..hehe

sebelum balik rumah maklong my lil sis yang baru berumur 8tahun tu nak pegi fun fair la plak..abang ngan kak jiyah pun layankan aje..i la yang kena teman dia naik benda alah yang pusing2 tu..lama gila tak gi fun fair..last masa kecik2 dulu la..pening kepala..adik i plak selambe tanya "ayong kenapa mainan kat sini suma pusing2?" dia tak tau kepala i pun berpusing..ok2, seronok gak la sebenarnya walaupun kepala pusing..

esoknya pagi2 bila bukak mata abang bagi handbag Valentino yang dia beli kat Italy..memang bertuah betul.. walaupun abang sepupu tapi abang Fadzli memang macam abang kandung i..terharu betul..
sampai Serdang kul 10 pagi..lambat bersihkan poo anak2 bulus..kesian dorang tahan poo sebab tak nak poo dalam bekas yang tak dibersihkan..kelakar bila i dah bersihkan suma berebut masuk dalam bekas tu..comelnya..

TAKZIAH..

Selepas bershopping sakan pada hari Selasa i dikejutkan dengan pemergian my Pak Long..Takziah untuk Maklong ngan her only one son and my dearest abang Fadzli and her wife Kak Jiyah..Actually paklong memang da lama sakit..yang sangat menyentuh perasaan adalah my abang and his wife duk kat Dublin, Ireland..dorang blaja ngan kerja kat sana..so dah lama dorang plan nak balik  hari selasa bercuti kat Malaysia selama sebulan..Malam kul 11 abang sampai hospital..abang sempat tengok paklong tapi masa tu paklong nyenyak tidur..maklong ingat paklong ok then dia suruhla abang balik sebab mesti abang penat 12 jam duk dalam flight..kul 530 pagi paklong menghembuskan nafas terakhir..memang macam dia nak tunggu anak dia balik je..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..al-Fatihah..

Rabu petang tu i teman abang ngan kak Jieyah beli baju dorang kat Seremban Parade..maklumlah dorang balik tak bawak baju..banyak bawak barang2 untuk family members..baju ngan seluar abang plak dah kotor kena tanah masa kebumikan jenazah so kenala beli baju..Abang belanja i makan pizza hut tapi kat situ takdela plak pizza baru tu so i makan prawn olio which my favourite speggetti kat pizza hut..yummy..thanks abang..

JUSCO MEMBER's DAY CARD SALES

Baru berkesempatan nak cite pasal shopping kat Jusco Cheras Selatan hari Selasa lepas..seronok dapat shopping..sebab rasanya last shopping hari raya aidilfitri lepas..bila memegang beg selepas shopping adalah satu terapi..oleh itu i harus kaya untuk meredakan stress ketika ianya menyerang..kerana ubat untuk i apabila stress selain melihat keletah anak2 bulus ialah shopping..tak kisah shopping untuk anak2 bulus atau untuk the other half atau for me asalkan shopping namanya memang best..

Kami berhabisan sebanyak RM262.10 pada hari itu dan ini membolehkan kami mendapat RM20 voucher..Setiap pembelian bernilai RM100 dapat RM10..
I bought dua helai baju dan sepasang kasut..my the other half plak beli sepasang kasut ngan 3 helai baju..kami cari barang i dulu then bila nampak ada kaunter kosong cepat2 gi bayar..maklumlah nak bayar yang lama coz barisan panjang gila..teringat zaman sekolah masa beratur nak beli makanan kat kantin..lepas tu baru cari barang untuk my the other half..pastu gi bayar balik.. 

Nak dijadikan cerita masa nak redeemed voucher i dengan confidentnya rasa apa yang kami beli da sampai RM300..bila orang tu kira tak sampai..bila i check balik rupanya ada 1 baju i yang dia tak kira..nasib la..kira dapat 1 baju free..rugi tak amik baju yang mahal2..hehe jahat..mungkin casher tu tak perasan sebab baju i beli tu dekat2 warnanya..  
Tengok warna baju ok bukan tengok saiz..taula i da gemuk..tunggula i dapat pakai saiz 's' balik..bila la agaknya..baju ni dua2 70%..berbaloi2..
Ni plak kasut yang i beli tu..actually nak beli kasut yang bertumit untuk praktikal tapi da berkenan plak ngan yang ni so beli jela..Harga asal RM99 ada 30% diskaun dapatla RM69.30.. Kasut praktikal tangguh dulu..

Hari i disudahi dengan menjamu selera di Village View Bangi..orang sangat ramai kat sini..yang tak best kalau kita dah order pastu bila kita dah makan kalau nak order yang lain dia kan cas RM0.50..kesimpulannya masa dorang amik order fikir betul2 nak makan ape atau order biar cukup supaya tak tambah order..

Monday, December 21, 2009

FAMILY DAY..

Semalam adalah masa berkumpul bersama family and my father belanja kami makan PIZZA HUT kat Jusco Cheras Selatan..Menunya adalah seperti di bawah..


Kegilaan terhadap chesse akhirnya membawa kepada kekecewaan apabila staf kat situ mentioned "Maaf, cheese kita sangat terhad"..tapi pizza tu memang sangat sedap..pegila cuba..Deli wings plak my favourite tapi lama tak makan so smalam bila makan pastinya sehingga menjilat jari..

Geramnya bila servise sangat lambat sampai kitorang kena amik pinggan ngan sudu sendiri sebab tersangatlah ramai orang kat pizza haritu..bukan kat pizza je tapi orang memang sangat ramai kat Jusco..maybe baru dapat gaji ditambah year end sales..lautan manusia la jadinya..family cina yang belakang meja kitorang pun naik angin dan terus cakap bahasa melayu berbunyi "tunggu pizza 8 tahun baru dapat.."

Good news kepada kaki shopping..terutamanya for me.. Jusco member's day card adalah esok & lusa (22/12 & 23/12)..sudah memujuk the other half untuk cuti 2morrow supaya boleh shopping all day long..rasanya nak nonton gak..cite apa lagi kalau bukan AVATAR..akan update kemudian..