TERIMA KASIH..

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

HARI KHAMIS..

Hari Khamis maklong wat kenduri doa selamat tengah hari.. so i pun gi la..rumah maklong ni kat Senawang.. Petang tu plak abang ajak gi Jusco Seremban..i pun ikut je..abang belanja makan Kenny Rogers Roasters..kalau abang balik memang gemuk la i..
i pun amik kesempatan untuk usha kasut bertumit for my praktikal..last2 berkenan ngan kasut Sembonia gak..adakah i da addict ngan jenama ini? oh tidak rasanya..semuanya kebetulan..harga RM99 tapi kali ni 20% je offer so i bayar guna voucher i yang RM20 tu balance dia abang yang bayar..thanks abang..

abang pujuk suruh i tido rumah maklong that nite tapi i cakap i ngan adik (just two of us) tak bawak baju..abang cakap "takpe, abang blanja beli baju tido korang tido je umah abang esok pagi2 balik la.." i pun tak sampai hati ditambah keseronokkan kalau dapat baju tido baru..i pun cakap "OK"..i memang sangat suka beli baju tido..sebab dari kecik mesti ada baju tido raya abah beli..so sampai besar suka beli baju tido..abang blaja beli baju tido scarlet RM29 ada gambar kambing biri2 di depan berwarna pink..sangat cute..nak tengok ke? jangan harap..hehe

sebelum balik rumah maklong my lil sis yang baru berumur 8tahun tu nak pegi fun fair la plak..abang ngan kak jiyah pun layankan aje..i la yang kena teman dia naik benda alah yang pusing2 tu..lama gila tak gi fun fair..last masa kecik2 dulu la..pening kepala..adik i plak selambe tanya "ayong kenapa mainan kat sini suma pusing2?" dia tak tau kepala i pun berpusing..ok2, seronok gak la sebenarnya walaupun kepala pusing..

esoknya pagi2 bila bukak mata abang bagi handbag Valentino yang dia beli kat Italy..memang bertuah betul.. walaupun abang sepupu tapi abang Fadzli memang macam abang kandung i..terharu betul..
sampai Serdang kul 10 pagi..lambat bersihkan poo anak2 bulus..kesian dorang tahan poo sebab tak nak poo dalam bekas yang tak dibersihkan..kelakar bila i dah bersihkan suma berebut masuk dalam bekas tu..comelnya..

JUSCO MEMBER's DAY CARD SALES

Baru berkesempatan nak cite pasal shopping kat Jusco Cheras Selatan hari Selasa lepas..seronok dapat shopping..sebab rasanya last shopping hari raya aidilfitri lepas..bila memegang beg selepas shopping adalah satu terapi..oleh itu i harus kaya untuk meredakan stress ketika ianya menyerang..kerana ubat untuk i apabila stress selain melihat keletah anak2 bulus ialah shopping..tak kisah shopping untuk anak2 bulus atau untuk the other half atau for me asalkan shopping namanya memang best..

Kami berhabisan sebanyak RM262.10 pada hari itu dan ini membolehkan kami mendapat RM20 voucher..Setiap pembelian bernilai RM100 dapat RM10..
I bought dua helai baju dan sepasang kasut..my the other half plak beli sepasang kasut ngan 3 helai baju..kami cari barang i dulu then bila nampak ada kaunter kosong cepat2 gi bayar..maklumlah nak bayar yang lama coz barisan panjang gila..teringat zaman sekolah masa beratur nak beli makanan kat kantin..lepas tu baru cari barang untuk my the other half..pastu gi bayar balik.. 

Nak dijadikan cerita masa nak redeemed voucher i dengan confidentnya rasa apa yang kami beli da sampai RM300..bila orang tu kira tak sampai..bila i check balik rupanya ada 1 baju i yang dia tak kira..nasib la..kira dapat 1 baju free..rugi tak amik baju yang mahal2..hehe jahat..mungkin casher tu tak perasan sebab baju i beli tu dekat2 warnanya..  
Tengok warna baju ok bukan tengok saiz..taula i da gemuk..tunggula i dapat pakai saiz 's' balik..bila la agaknya..baju ni dua2 70%..berbaloi2..
Ni plak kasut yang i beli tu..actually nak beli kasut yang bertumit untuk praktikal tapi da berkenan plak ngan yang ni so beli jela..Harga asal RM99 ada 30% diskaun dapatla RM69.30.. Kasut praktikal tangguh dulu..

Hari i disudahi dengan menjamu selera di Village View Bangi..orang sangat ramai kat sini..yang tak best kalau kita dah order pastu bila kita dah makan kalau nak order yang lain dia kan cas RM0.50..kesimpulannya masa dorang amik order fikir betul2 nak makan ape atau order biar cukup supaya tak tambah order..