TERIMA KASIH..

Friday, November 13, 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN..

                                                             
VIOLET


                                                                  
LOTUS


                                                                 
FLEX

gambar adini takde coz dapat dia masa dah besar..mungkin next entry letak gambar dia..yg penting sayang untuk anak2 bulus sama ajer..xde yang lebih..mmuuaahhh..

Wednesday, November 11, 2009

HOW TO CARE A PERSIAN


 Step 1
Jumpa dr. Vet tanya macammana nak bagi makan anak kucing yang berusia kurang dari 6 minggu..

Step 2
Bagi makan anak kucing yang berusia 6 bulan ke bawah 3 ke 4 kali sehari..

Step 3
Bila anak kucing dah berumur 6 hingga 8 bulan bagi makanan 2 kali je sehari..

Step 4
Pastikan makanan anak kucing sentiasa kering dan air yang bersih sentiasa ada..

Step 5
Tukar makanan ke kucing dewasa bila umurnya dah 1 tahun..campurkan 1/4 makanan dewasa dan 3/4 makanan kitten..sikit2 tingkatkan makanan adult dalam 5 hingga 10 hari..

Step 6
Beri kucing anda makanan yang bagus..berilah persian anda premium food..jangan sesekali bagi kucing anda makan makanan untuk haiwan yang lain sebab kucing ada dietnya yang spesifik..

Step 7
Sesekali berilah ayam rebus sebab kucing pun sukakan kepelbagaian..xdela makanan yang sama aje..muak nanti..

Step 8
Jangan bagi kucing makan tulang dan elakkan makanan mentah..

Step 9
Kucing dewasa dah xperlukan susu so jangan bagi minum susu takut dia cirit birit..

Step 10
Kucing betina boleh start dimandulkan ketika berusia 4 hingga 6 bulan manakala kucing jantan boleh start dikembirikan ketika umur 6 hingga 7 bulan..kucing betina boleh bunting start umur 4 bulan & kalau xnak kucing hamil lagi ketika masih menyusukan anaknya cepat2lah g mandulkan..

Step 11
Pakaikan gelang leher so orang tau kucing tu ada tuannya..

Step 12
Buang poo dan pee setiap hari..kalau boleh 2x sehari dan cuci bekas setiap minggu untuk menjamin kebersihan..

Step 13
Sikat bulu persian setiap hari dan mandikan kalau boleh seminggu sekali untuk pastikan bulu mereka yang panjang sentiasa bersih..kalau da bergumpal xde cara lain lagi dah melainkan cukur je bulu tu..

Step 14
Slalu bersihkan mata & hidung dorang..

Step 15
Berilah kasih sayang yang secukupnya nescaya mereka akan membalas dengan berlipat kali ganda..

THE END..


Tuesday, November 10, 2009

HOW TO COMB A PERSIAN FUR..

Kucing parsi yang berbulu panjang sebenarnya perlukan bantuan kita untuk kurangkan keguguran bulu yang mereka alami maklumlah cuaca kat negara kita ni panas..so dengan menyikat bulu anak2 bulus boleh mengurangkan kadar keguguran bulu yang dialami oleh mereka serta sangat bagus untuk prevent hairball..kebanyakan kucing suka disikat (ajar dari kecik boleh buat mereka suka untuk disikat..maklumla melentur buluh biar dari rebungnya..)..lebih kerap bulu persian ni disikat lebih kurang bulu2 yang bergumpal..kat bawah ni step2 cemana nak sikat ur persian fur..

Step 1

sediakan suma alat2 untuk groom ur persian..kalau suma barang dekat ngan kita xderla kucing ni dapat lari bila kita sibuk nak amik sikat..


Step 2
dudukkan ur persian atas lantai @ sofa berhampiran dengan anda supaya kucing senang untuk dibaringkan semasa process grooming dijalankan..selalunya proses grooming akan lebih mudah kalau kucing anda jinak..


Step 3
mulakan menyikat dari kepala dan terus ke bawah..pastikan anda menyikat mengikut arah bulu yang tumbuh..jangan sikat bertentangan plak..



Step 4
sikat terus ke hujung ekor..berhati2 untuk menyikat kat kawasan ini kerana kebanyakan kucing sensitif apabila disentuh di kawasan ini..lebih berhati2 apabila menyikat kucing parsi jantan yang tidak dimandulkan..

Step 5

terlentangkan kucing anda untuk menyikat bahagian dada..berhati2 ketika menyikat bahagian ini kerana bahagian ini juga sangat sensitif dan kemungkinan kucing akan menendang menggunakan kuku belakang..gunakan sarung tangan kalau takut terluka..

Step 6

cengkam leher kucing untuk menyikat bahagian ekor..ini adalah langkah berjaga2 supaya kucing tidak lari ketika kita sedang menyikat ekornya..tarik dengan pada bahagian belakang leher kucing yang lembut dan baringkan supaya mudah untuk menyikat..

Step 7
                                                                 
buang semua bulu yang melekat pada sikat dan jika boleh cuci alatan grooming dengan dettol selepas setiap kali selepas penggunaan untuk membasmi kuman yang boleh menyebabkan jangkitan pada ur beatuful persian..

SAMBUNGAN HARTA BENDA ANAK2 BULUS..


ni adalah tempat kumbahan anak2 bulus..satu harganya RM16.50 beli kat St Angel..ada 10% diskaun..



ni pulak bekas makanan dorang..satu RM3.50 ada 10% diskaun beli kat St. Angel..


bekas air ni kalau xsilap RM10.50 beli kat St Angel ada 10% diskaun..


mainan anak2 bulus yang bola besar disponsor oleh adik..bola kecik tu uncle kat St Angel bagi free..tq uncle..

ni sikat baru anak2 bulus..harga RM11.50..beli kat St Angel..ada 10% diskaun..

Monday, November 9, 2009

HARTA BENDA ANAK2 BULUS..

kat bawah ni adalah senarai harta benda anak2 bulusku..kepada yang ingin membela kucing terutama yang berbulu panjang maybe this could help u a bit..kepada yang dah berpengalaman membela kucing maybe barang2 ni masih banyak yang kurang and i'm still learning 2 give the best 4 my anak2 bulus..so let's check this out..


1)MAKANAN
ni adalah makanan 4 my anak2 bulus..Iams kitten..slalu beli 9.07kg untuk 5ekor anak bulus tahan tahan lebih kurang sebulan ..harga RM145.00 after diskaun 15% RM123.20..beli kat St. Angel animal medical centre Taman Equine, Bandar Putra Permai belakang Jusco Equine..
stakat ni puas hati ngan Iams sebab anak2 bulus sihat & gemuk makan ni..lagi 2bulan maybe nak tukar kepada Blackwood adult sebab mereka nampaknya telah dewasa..


2) CAT LITTER

this is my cat litter..love the lemon flavour sebab xderla bau 'kumbahan' diorang ni kuat sangat..slalunya i akan beli 2 pack which 10liter perpack..tahan dalam sebulan..beli kat Pet Lovers Centre The Mines Shopping Fair tingkat bawah skali berdepan dengan Maybank berharga RM25.oo perpack but now ada offer (xtau sampai bila) dapat RM19.00 perpack..


3) VITAMINS
ni vitamin 4 their bulus & skin..helps correct all types of skin and coat conditions like dullcoat, flaky skin, axcess shedding and scratching caused by deficient diets..i'll give them 1 pumped everyday..kadang2 terlepas gak..just pump into their mouth or boleh campur kat dalam makanan..slalu i pump jer dalam mulut..harga sebotol RM23.00 after 10% diskaun RM21.70 beli kat St. Angel gak..
yang ni plak vitamin untuk reduce shedding & promote healthy skin & coat..i'll gave them 1 hari 1 biji. 1 biji belah dua pastu letak dalam makanan..nak masuk mulut susah sket..so nasibla kalo ada yg termakan lebih..250 tablets RM21.60 after 10% diskaun RM19.44 beli kat St Angel gak..
yang ni plak tuk prevent hair ball..slalunya kucing yang berbulu panjang lebih senang kena..sebab bila dorang jilat bulu semua bulu masuk dalam perut and once perut da xboleh terima dia akan muntahkan..so kita akan nampak kat muntah tu ada banyak bulu.. nama pun hair ball..actually i jarang bagi coz diorang ni xsuka..tapi kalo ada yg muntah hairball i akan bagi..harga RM18.00 tapi dapat RM17.00 beli kat City Pets Veterinary Clinic Taman Serdang Raya..kat tepi jalan besar nak menghala ke KL..


4) KESIHATAN DAN KECANTIKAN
yang ni untuk ubat cacing dorang..masa beli ni xder budget..pasni nak beli yang pil punya..ubat cacing bagi 3bulan sekali..kalo kucing ada banyak cacing nanti dorang akan cirit..RM16 petshop bagi RM15 beli kat Mesra Petshop Taman Sri Serdang..

yang ni plak ubat untuk telinga..kalo ada yang da start garu telinga tu maknanya ada mites so kena la titik benda ni..4-8 titik sehari selama seminggu..harga RM28.00 kat Mesra Petshop..
ni plak ear cleaner liquid..i bersihkan telinga guna ni..titik 5 titik pastu massage then baru bersihkan guna cotton stick..seminggu 2x..tapi kalo xsempat seminggu sekali je i buat..beli kat St Angel..
ni ubat untuk mata..kalau mata dorang merah ke i akan titikkan 2 titik tapi kena make sure mata dorang sakit bukan sebab luka..kalo luka xboleh letak coz boleh jadi buta..harga RM15.00 kat Mesra Petshop..
ni medicated shampoo untuk anti fungus..beli masa Flex kena fungus teruk..tak ingat beli berapa tapi kat Hospital Veterinar Universiti (UVH) UPM..



ni la satu2nya sikat yang i ada untuk sikat anak2 bulus i setiap hari..dorang ni banyak bulus so setiap hari i akan sikat dorang..sometimes 2x sehari supaya bulu2 mereka tidak bergumpal..beli kat Mesra Petshop
ni untuk gunting their kuku..to be honest paling malas nak buat yang ni sebab mereka susah nak duduk diam..tapi akan buat bila my mother da start memetir "Habis kusyen ummi tercabut benang berbulu..kang ada yang kena tendang keluar.." so cepat2 la i kena potong kuku dorang..
beli kat Pet Lovers Centre RM10.00
dettol ni i guna untuk bersihkan cage dorang..campur ngan air then amik tuala i pun lap2kan cage dorang..bersihkan tempat pembuangan dorang pun guna ni..harap2 terhapusla kuman..RM9.90 250ml..
ni ubat yang i guna untuk prevent kutu..RM52.oo nett price kat St Angel..dalam ada 3 pipet jerk..1 pipet untuk sekor kucing..titik kat blakang leher bagi kena kulit..kat situ dorang xdapat jilat..

ni plak ubat kutu yang i plan nak beli..mahal..250ml RM60.00..kat St Angel..itu pun after diskaun..tengokla kalo ada rezeki i nak beli..

Last but not least..kalo xder ni, i la yang mati..

utamakan kebersihan..bila da usik2 anak2 bulus cuci la tangan guna ni..that's all from me..eh realised x i xde shampoo 4 my cat?..actually sabun dorang da bis so xdapat amik gambar..nanti da beli i upload k..tata

Sunday, November 8, 2009

APA SALAHKU??

semalam i tengok (aahh, penatla ckap i..xbiasa sebenarnya)..semalam aku tengokla piala malaysia..sebenarnya xdela suka sangat tengok bola tapi sebab abah layan semalam so aku pun xketinggalan..ape yang aku nak kongsikan di sini ialah masa kekecohan berlaku di kalangan penonton berjersi merah di mana mereka telah membakar seat (ceh ayat skema)..so adalah sorang mamat ni datang memadamkan api menggunakan fire extenguisher..api berjaya di padamkan..bagi aku dia boleh diberi gelaran hero namun di mana salahnya tiba2 botol2 berterbangan mengenai kepala dan anggota lainnya..aku hanya mampu berkata "kesiannnn..orang yang xde kena mengena pun kena jugak..thah2 dia pun orang yg menyokong negeri tersebut.."

persoalannya boleh terlaksanakah harapan PM kita wujudkan 1 malaysia..huhu..selain tu apa yg menariknya lagi penyokong team merah nampak seragam memakai baju merah..sangat menarik..manakala penonton team kuning ada yang pakai baju kuning, putih dan lebih teruk merah..mana letaknya kesepakatan di situ?..kalo aku la ada kat situ mesti aku da cakap kat orang yang pakai baju merah "maaf ye,salah seat ke?kat sini penyokong team kuning..team merah sebelah sana"..wakaka..ceh macam berani aje..sepatutnya sukan mengeratkan kita bukan menunjukkan kita masih tidak bertamadun..tata

p/s : mak aku orang yang berbaju kuning
bakal ayah mertua orang berbaju merah
aku xside mana 2..

Friday, November 6, 2009

WHAT DID I LEARN??

Actually im still new in the anak bulus arena ni. tambah tolak campur ada lebih kurang dua tahun. sepanjang berkecimpung dalam arena ni banyak kenangan pahit manis yang i lalui bersama ngan anak2 bulus ni. yang pahit tu sampai satu tahap rasa nak give up aje bela kucing. yang manis pula rasa cam nak menambah anak2 bulus. yang pasti semakin lama i semakin memahami tabiat serta perangai kucing dan i juga reallized that there's something that i can learn from them..salah satunya maybe manusia di zaman sekarang semakin berperangai lebih teruk dari mereka (haiwan). Berikut adalah senarai what i've learn from my anak2 bulus:

1) Belajar untuk lebih bersifat penyanyang
Kucing adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang sangat penyayang..i masih ingat ustaz yang mengajar i jenayah islam ada menceritakan pengalamannya melihat gelagat 2 ekor kucing yang sedang makan berhampirannya. ibu kucing mendahulukan anaknya dan hanya memerhatikan anaknya makan walaupun nampak si ibu juga sedang lapar..apabila anaknya sudah habis makan barulah dia menjamah sisa yang tertinggal..tidak seperti kita hari ini yang pantang nampak makanan ibarat semut hurungkan gula..kalau kucing pun boleh bertoleransi inikan pula kita. inilah kasih sayang namanya..

2) Belajar untuk menjadi lebih penyabar
Jika masa mula-mula memelihara kucing dulu i sangat tidak sabar bila kucing i "melepaskan hajat" mereka di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi di dalam rumah. gamaknya memang i lah yang kena cuci..bukan tu aje ditambah pula petiran dari ummi yang memang buat i terasa nak campak aje kucing tu keluar sebab tidak faham bahasa (kucing mane faham ape ko cakap le... =p). Tapi, semakin lama i menjadi semakin penyabar untuk berhadapan dengan karenah kucing-kucing ini. sabar untuk mengajar mereka tentang itu dan ini dan dengan kesabaran kesemua kucing i da tak pernah 'melepas' dalam rumah.. ini menunjukkan bila kita pelihara kucing/ haiwan kita mestilah sabar bila mereka buat hal sebab memang sudah tertulis haiwan hanya diberi otak tetapi tidak diberi akal oleh Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, sabo aje laa... =) bukankah sabar separuh dari iman?

3) Belajar menjadi lebih berdisiplin
Rutin harian bila i memelihara kucing:
Bangun pagi selepas solat subuh buka sangkar dan beri kucing makan. Sementara kucing berselera menjamah makanan, i pula membantutkan sedikit selera sarapan pagi dengan membuang najis-najis kucing ini. daripada dulu rasa najis dorang ni busuk sekarang dah lali.. Kalau tengah hari ada kat umah, bagi lagi kucing i makan tengah hari mereka. . kesimpulannya sebelum i makan , i akan bagi kucing makan dulu biar bila i makan takdelah kucing2 i bising mengiaww aje sebab lapar.. Dengan semua rutin di atas membuatkan kita juga mendisiplinkan diri untuk mengatur jadual aktiviti harian kita. Kerja kita beres kucing pun semakin sihat dan comel =) . kalau dulu lepas subuh tido balik sekarang lepas subuh buat ape yang patut lepas tu baru pikir nak sambung tido ke tak..

4) Belajar menjadi lebih pemurah
Bila dah pelihara kucing ni dengan automatiknya i akan berasa kasihan bila terjumpa kucing yang sedang kelaparan.. seboleh2nya i akan bagi sikit ape yang i makan... bil nampak dorang makan dengan berselera rasa gembira aje hati ni..sekarang i akan lebih ringan tangan untuk menderma apa yang termampu kepada orang yang minta sedekah/ susah kerana dengan kucing pun i tidak berkira untuk berhabis wang ringgit ini kan pula dengan sesama manusia.

5) Belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri
i ni seorang yang sangat suka bergaya apatah lagi membeli belah..biasalah perempuan..kalau boleh setiap bulan mesti nak shopping walaupun sehelai baju..tapi sejak memelihara kucing ni i sangatlah jarang bershopping..i akan berfikir sejuta kali kalau nak shopping..maklumlah masih belajar..kalau shopping mesti takde budget nak beli makanan untuk anak2 bulus..inilah pengorbanan yang paling besar i rasa sepanjang memelihara kucing..berperang dengan nafsu supaya tidak pentingkan diri sendiri.. keperluan anak2 bulus diutamakan berbanding kehendak sendiri..huhu..

6) Belajar menjadi lebih pembersih
kucing perlu berada di dalam environment yang bersih untuk menjamin kesihatan mereka..jika tidak mereka akan mudah diserang penyakit seperti fungus terutama kucing yang berbulu panjang..tempat najis mereka juga perlu selalu dibersihkan supaya aromanya tidak keluar kerana udara dikongsi bersama..betul x? selain tu i ada adik yang ada astma so bila i dah bawak kucing i main dalam rumah i kena pastikan sekurang2nya i sapu rumah balik supaya bulu kucing tidak berterbangan..win2 situation..anak2 bulus suka main dalam rumah..orang dalam rumah sihat..:) kan mengajar jadi pembersih tu..

i rasa banyak benda yang i dah belajar and im still learning..ape yang u all da belajar dari kucing2 u all..kongsi la ngan i diruangan komen..tq

KEGILAAN YANG MELAMPAU..

actually hari ni i nak share pasal bad habbit i..selalunya kalau i da suka sesuatu makanan tu i akan nak makan makanan tu every day (kesian my hubby kena layankan perangai ini) sampai i muak atau bila i makan da rasa macam nak muntah baru i akan stop beli..antara makanan yang i penah gila nak makan hari2 adalah :

1. bubur ayam McD
2. mashed potato KFC
3. rocky sangat suka perasa strawberi..kalau diikutkan ape yang orang selalu cakap "you are is what you eat" maknanya saya adalah hero handalan Rocky..wuhuu..
yang terbaru sekarang ni i sangat suka dengan muffin keluaran mighty white.. muffin ni ada 3 perisa (vanila,pandan,coklat).. tapi i baru try pandan & vanilla..vanilla memang my favourite flavour dan pandan selalunya i xsuka tapi muffin ni pandan i suka..buat sementara waktu ni belum ada perasaan nak cuba yang coklat..i rasa muffin ni sangatla sedap but it still hard 2 find..mungkin belum fames kot..masa google nak cari gambar pun xde lagi..saya sarankan kepada kalian untuk mencuba..1 packet ada dua muffin dengan harga pasaran RM2.30..

1st time beli kat Juicy kolej canselor (wahai adik2 betul ke ejaan juicy 2) mentang2 xstay kolej..2nd time beli kat Hospital Putrajaya..3rd time adik beli kat kedai Lee Soon Meng (kedai ini wujud sejak i sekolah rendah lagi) dan terbaru i jumpa muffin ni dijual di Mesra Petronas UPM..apa tuggu lagi cubalah muffin anda hari ini..

Thursday, November 5, 2009

SAMBUNGAN 18sx

masuk harini da 5 hari adini on heat..bangun pagi mesti tengok bulu dia merata dalam cage..kena bedal ngan lotus la tu malam2..so semalam bawakla anak2 bulus main dalam rumah..ape lagi si flex pun amik kesempatan bila dia tengok adini mengada-ngada guling2..so mcammana agaknya kucin ni mengawan? ni adala penerangan sikit setelah beberapa pembacaan dilakukan..

kucing jantan ni sebenarnya ade due lubang, satu lubang yang atas tu lubang bontot die, satu lagi lubang yang sembunyikan penis die..masih tidak percaya sila lihat kucing jantan anda sekarang..kalau xde kucing sila pinjam kucing jiran. sambung balik, masa nak mengawan je penis kucing jantan akan keluar, mase die nak kencing dia xkan kuarkan sebab tu lah macam susah nak nampak penis kucing nih..Dekat hujung penis kucing yang tengah erect ade sharp spines..Inilah punca yg menyebabkan vagina kucing betina terstimulate dan disusuli oleh ovulation..Itulah sebenarnya yang berlaku mase due ekor kucing tengah mengawan..

Kucing jantan akan hidu2 alat sulit (genital) kucing betina, kalau bau kucing betina tu ok maknanya sedang on heat, kucing jantan pon on la..Dan bila sebelah pihak betina pon suke kat jantan tuh, die pon ape lagi memberi respon la..Si betina pon akan mule begolek2(untuk menggoda kucing jantan) lalu memberi posisi yang baik punyer..kemudian kucing jantan akan ‘gigit’ leher si betina tu dengan mulut die..gigit2 manja la..Mase tu ekor kucing betina akan melibas-libas la konon..Ape makne libasan tuh?? Sendiri pikir lah.. ehehe..tulah ending kepada aksi pasangan kucing ni mengawan..

Sebenarnye aktiviti mengawan tuh mengambil mase kurang dari 10 saat je..yang nampak macam lame tu sebab kucing jantan perlu amik mase nak mengurat si betina (jual minyak & aktiviti mengayat)..Bile kucing jantan dah ejaculate (dalam bahasa kasar nye, pancut), kucing betine akan mengiau di sebabkan oleh spines yang kat penis kucing jantan tadi tuh..
Lepas tuh, kucing jantan akan lari menjauhi betina, duduk rehat sambil jilat genital die..Yang betina pulak akan golek2 kan badan die, dengan tujuan membersihkan badan die jugak..Lepas tuh, pasangan tadi akan ulang proses lovemaking mereka beberapa kali, kebiasaannya 10 kali..Tapi once mereka dah penat, mereka akan stop dan saling berjauhan..Tapi kalau jantan je yang penat, betina x penat, betina tu leh stay n carik lover lain, n start again projek mating tuh..

itulah caranya kucing mating..i rasa si flex tak berjaya wat kat adini..kang kluar anak i plak yg konpius anak sape..hehe..so sekarang i memang kurung adini ngan lotus aje..berjaya ke tak si lotus kena tunggu la keputusan sama ada adini ni mengandung ke tidak..the end..

Tuesday, November 3, 2009

KALAULAH KAYA..


walaupun byk sbb yang boleh menyebabkan bulu kucin gugur tapi satu sebab yang terasa sangat hampir dengan anak2 bulusku adalah suhu cat cage yg panas..kesian tengok dorang..nak2 plak dorang ni memang jenis yg banyak bulu..kita yang xbanyak bulu ni pun cepat panas (dikecualikan kepada mereka yg bayak bulu)..waaaa..kesian tengok dorang lidah terjelir..



tengokla..suma himpit2 tido kat tempat minum..tempat redup yg xkena panas..if im rich i will put all my anak2 bulus dalam bilik yg ada aircond kerana itulah yg terbaik buat kucing yg berbulu panjang ni..beruntunglah kepada sesiapa yg berkemampuan dan boleh memberikan anak2 bulus mereka duk dalam aircond..bila dorang ni duk dalam aircond kita dapat tengok bulu mereka akan lebih kembang dan cantik..xpe yg penting i luv u all so much..