TERIMA KASIH..

Thursday, December 31, 2009

MASA UNTUK MENEBUS MALU..



Cemana ngan dress up kali ni..Adakah tudung ini kena apabila dipakai dengan baju itu..ini adalah bertujuan untuk menebus malu walaupun tak jumpa ngan member yang gelakkan hari tu..beginilah rupa qisha apabila memakai tudung ekin..tak sesuai kan..nampak sangat tembam..tunggulah bila da berjaya kurus nanti..


memakai baju biru sempena nak tengok cite Avatar..tak lah kebetulan aje..cite ni memang best..sangat cantik..duk dalam panggung lama pun tak terasa..pastikan anda pee dulu sebelum masuk panggung sebab cite ni 2 jam lebih..kalau tido mesti termimpi2 gi kat sana..sape lum tengok gi la tengok..tak rugi..cuma ada sakit mata sket..mungkin sebab cite ni dibuat untuk 3D so warna dia agak bright..kalau tengok 3D mesti lagi best..


Happy New Year~~~~~~


HAPPY NEW YEAR 2010


Pejam celik dah nak masuk tahun baru..banyak yang jadi tahun 2009..ada manis, pahit, tawar, masam, masin, kelat suma ada..itulah namanya hidup kan..

So adalah beberapa azam untu tahun baru ni..walaupun selalunya berazam je lebih..bila nak buat malas..

Untuk diri sendiri..

  • Kuruskan badan..
  • Bergraduat dengan jayanya setelah 8 tahun menghabiskan masa di UPM..
  • Tak tinggal solat..
  • Menjadi insan yang lebih baik..
  • Nak lawa dari tahun 2009..
  • Kumpul duit..
  • Tak boros..yang ni memang tak sure..

untuk family..

  • Jadi anak yang tidak melawan bila disuruh..
  • Jadi anak yang menggembirakan hati ummi & abah..
  • Jadi anak yang boleh diharapkan..
  • Jadi kakak yang menunjukkan contoh yang baik untuk adik2..
  • Alway's be there 4 them when there need me..
Untuk the other half..


  • Tak kuat merajuk sebab benda2 kecik..
  • Tak kuat marah pasal benda yang tak patut..
  • Tak nakal2..
  • Lebih banyak sabar..
  • Lebih cuba untuk faham bie dari memaksa..
  • Lebih sayang dan menghargai bie..
Untuk anak2 bulus..


  • Bagi yang terbaik untuk suma..
  • Tak berat sebelah..
  • Lebih rajin mandikan kamu suma..
  • Luangkan lebih banyak masa untuk main ngan kamu suma..
  • Jaga kamu dengan baik supaya sentiasa sihat dan gebus..
So, happy new year kepada semua..happy holidays..jaga diri..semoga tahun baru lebih bersinar wat kita semua..aammiinnn..

Wednesday, December 30, 2009

DIGELAKKAN..


Harini i tak sempat nak gosok my tudung the other half da datang..pastu i capai je tudung my mom..untuk pengetahuan i memang tak pakai tudung ikin ni coz bila i pakai macam minah indon i rasa..yela muka tembam..orang lain pakai cantik je i tengok cam ekin..disebabkan tudung ni i digelakkan setengah hari oleh my frens..buta warna dorang kata..baju tak sesuai ngan tudung..baju baru da glemer tudung tak sesuai..sebab tu amik gambar tak pandang camera..maaalluuuu~~~~~~~

Petang ingat nak gi tengok Avatar..member siap pesan balik tukar tudung dulu..keji sungguh..bila gi Jusco Cheras Selatan full house..kecewa..beli tiket untuk esok kul 5.20 petang..ramai lagi yang tak tengok cite ni rupanya..ingatkan i je yang tercicir keretapi..takpe esok takde klas bley tengok dengan tenang..

Psssttttt : kalau i pakai tudung warna putih ok kan??

LAYOUT BARU..

Sebelum klas undang2 keluarga islam bermula sempat lagi tukar layout kat blog..cantik tak? adakah layout ini mengambarkan usiaku yang akan menginjak ke 26 tahun? sila beri komen anda..segala komen didahului dengan jutaan terima kasih..

Tuesday, December 29, 2009

RAHSIA TERBONGKAR

Nak tau tak satu rahsia yang i simpan slama ni?? takde sape pun tau termasuk my family apatah lagi my the other half..tapi i dah tak tahan nak simpan lagi..macam belon kalau dah tiup lama2 meletup gak kan.. i akan bagitau skarang..biar satu dunia tau..i da malas nak berahsia lagi..lepas ni kalau orang nak cakap ape pun cakap la..i sebenarnya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

CATWOMAN..

Skarang mesti korang paham kenapa i tak nak bagitau my the other half tentang ni..sebab i taknak dia jadi Batman..sebab i geli ngan kelawar..




The end..

HARI MENGHABISKAN DUIT..


Setelah pening di dalam klas my the other half menyuntik semangat dengan belanja i makan tengah hari kat Manhattan Fish Market Alamanda..da lama nak makan kat sini..harini baru termakbul..suka sangat makan kat sini coz i love seafood..sape yang suka makan ikan ngan seafood cubala makan kat sini..
Kitorang order manhattan seafood platter for two, ice lemon tea ngan mineral water total RM65.00..nak tau menu or lebih tentang manhattan klik SINI..

Petang pulak adalah waktu shopping untuk anak2 bulus..asyik mama bulus je shopping kan..cet mentang2 da dapat PTPTN..kat mana lagi kalau nak shopping buat anak2 bulus ni kalau tak St Angel Equine..
Ya i telah berhabis sebanyak RM223.20..sumanya untuk kamu anak2 ku..

Makanan ni berharga RM145.00 for 9kg tapi dapat diskaun 15% so RM123.20..Disebabkan my loyalty card da penuh so i dapat 3kg free..so bulan depan lambatla sket beli makanan mereka..

Pasir plak saja nak cuba pasir yang baru tapi mahal sket RM23.00 untuk 10 liter..pasir kat sini memang takde diskaun..stok sebulan kenala beli dua..tak tau la bagus ke tak pasir ni..bila da cuba nanti i bagitau ok ke tak..
Last skali tercapai gak hasrat nak beli carrier dorang..carrier lama my the other half punya da pecah..so slama ni kalau nak bawak dorang gi jumpa doc tak masuk dalam carrier darang mesti nyorok bawah seat..warna pilihan adalah orrange..ingat nak amik yellow my fav colour tapi nampak cam cepat kotor..harga asal RM60.00 tapi ada 10% diskaun so RM54.00..puas hati..
I tak kesampaian nak beli ubat kutu frontline combo and grooming powder sebab takde stok..kena tunggu minggu depan..so anak2 minggu depan mama akan shopping untuk kamu lagi yer..

KELAS BERMULA..


Ya waktu menggunakan otak telah kembali setelah sebulan otak tidak berfungsi..harini 1st day klas da mengantuk walaupun subjek bersesuaian dengan umur iaitu "UNDANG2 KELUARGA ISLAM"..

Jadual waktu
Selasa 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Rabu 3.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat 3.00 petang hingga 5.00 petang

Waktu lain free sebab amik satu subjek je..tempoh pembelajaran 7 minggu sebelum menjalani latihan praktikal..tension bila ingat kena gi praktikal..kenapa tension akan diceritakan kemudian..

Sunday, December 27, 2009

HARI KHAMIS..

Hari Khamis maklong wat kenduri doa selamat tengah hari.. so i pun gi la..rumah maklong ni kat Senawang.. Petang tu plak abang ajak gi Jusco Seremban..i pun ikut je..abang belanja makan Kenny Rogers Roasters..kalau abang balik memang gemuk la i..
i pun amik kesempatan untuk usha kasut bertumit for my praktikal..last2 berkenan ngan kasut Sembonia gak..adakah i da addict ngan jenama ini? oh tidak rasanya..semuanya kebetulan..harga RM99 tapi kali ni 20% je offer so i bayar guna voucher i yang RM20 tu balance dia abang yang bayar..thanks abang..

abang pujuk suruh i tido rumah maklong that nite tapi i cakap i ngan adik (just two of us) tak bawak baju..abang cakap "takpe, abang blanja beli baju tido korang tido je umah abang esok pagi2 balik la.." i pun tak sampai hati ditambah keseronokkan kalau dapat baju tido baru..i pun cakap "OK"..i memang sangat suka beli baju tido..sebab dari kecik mesti ada baju tido raya abah beli..so sampai besar suka beli baju tido..abang blaja beli baju tido scarlet RM29 ada gambar kambing biri2 di depan berwarna pink..sangat cute..nak tengok ke? jangan harap..hehe

sebelum balik rumah maklong my lil sis yang baru berumur 8tahun tu nak pegi fun fair la plak..abang ngan kak jiyah pun layankan aje..i la yang kena teman dia naik benda alah yang pusing2 tu..lama gila tak gi fun fair..last masa kecik2 dulu la..pening kepala..adik i plak selambe tanya "ayong kenapa mainan kat sini suma pusing2?" dia tak tau kepala i pun berpusing..ok2, seronok gak la sebenarnya walaupun kepala pusing..

esoknya pagi2 bila bukak mata abang bagi handbag Valentino yang dia beli kat Italy..memang bertuah betul.. walaupun abang sepupu tapi abang Fadzli memang macam abang kandung i..terharu betul..
sampai Serdang kul 10 pagi..lambat bersihkan poo anak2 bulus..kesian dorang tahan poo sebab tak nak poo dalam bekas yang tak dibersihkan..kelakar bila i dah bersihkan suma berebut masuk dalam bekas tu..comelnya..

TAKZIAH..

Selepas bershopping sakan pada hari Selasa i dikejutkan dengan pemergian my Pak Long..Takziah untuk Maklong ngan her only one son and my dearest abang Fadzli and her wife Kak Jiyah..Actually paklong memang da lama sakit..yang sangat menyentuh perasaan adalah my abang and his wife duk kat Dublin, Ireland..dorang blaja ngan kerja kat sana..so dah lama dorang plan nak balik  hari selasa bercuti kat Malaysia selama sebulan..Malam kul 11 abang sampai hospital..abang sempat tengok paklong tapi masa tu paklong nyenyak tidur..maklong ingat paklong ok then dia suruhla abang balik sebab mesti abang penat 12 jam duk dalam flight..kul 530 pagi paklong menghembuskan nafas terakhir..memang macam dia nak tunggu anak dia balik je..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..al-Fatihah..

Rabu petang tu i teman abang ngan kak Jieyah beli baju dorang kat Seremban Parade..maklumlah dorang balik tak bawak baju..banyak bawak barang2 untuk family members..baju ngan seluar abang plak dah kotor kena tanah masa kebumikan jenazah so kenala beli baju..Abang belanja i makan pizza hut tapi kat situ takdela plak pizza baru tu so i makan prawn olio which my favourite speggetti kat pizza hut..yummy..thanks abang..

JUSCO MEMBER's DAY CARD SALES

Baru berkesempatan nak cite pasal shopping kat Jusco Cheras Selatan hari Selasa lepas..seronok dapat shopping..sebab rasanya last shopping hari raya aidilfitri lepas..bila memegang beg selepas shopping adalah satu terapi..oleh itu i harus kaya untuk meredakan stress ketika ianya menyerang..kerana ubat untuk i apabila stress selain melihat keletah anak2 bulus ialah shopping..tak kisah shopping untuk anak2 bulus atau untuk the other half atau for me asalkan shopping namanya memang best..

Kami berhabisan sebanyak RM262.10 pada hari itu dan ini membolehkan kami mendapat RM20 voucher..Setiap pembelian bernilai RM100 dapat RM10..
I bought dua helai baju dan sepasang kasut..my the other half plak beli sepasang kasut ngan 3 helai baju..kami cari barang i dulu then bila nampak ada kaunter kosong cepat2 gi bayar..maklumlah nak bayar yang lama coz barisan panjang gila..teringat zaman sekolah masa beratur nak beli makanan kat kantin..lepas tu baru cari barang untuk my the other half..pastu gi bayar balik.. 

Nak dijadikan cerita masa nak redeemed voucher i dengan confidentnya rasa apa yang kami beli da sampai RM300..bila orang tu kira tak sampai..bila i check balik rupanya ada 1 baju i yang dia tak kira..nasib la..kira dapat 1 baju free..rugi tak amik baju yang mahal2..hehe jahat..mungkin casher tu tak perasan sebab baju i beli tu dekat2 warnanya..  
Tengok warna baju ok bukan tengok saiz..taula i da gemuk..tunggula i dapat pakai saiz 's' balik..bila la agaknya..baju ni dua2 70%..berbaloi2..
Ni plak kasut yang i beli tu..actually nak beli kasut yang bertumit untuk praktikal tapi da berkenan plak ngan yang ni so beli jela..Harga asal RM99 ada 30% diskaun dapatla RM69.30.. Kasut praktikal tangguh dulu..

Hari i disudahi dengan menjamu selera di Village View Bangi..orang sangat ramai kat sini..yang tak best kalau kita dah order pastu bila kita dah makan kalau nak order yang lain dia kan cas RM0.50..kesimpulannya masa dorang amik order fikir betul2 nak makan ape atau order biar cukup supaya tak tambah order..

Monday, December 21, 2009

FAMILY DAY..

Semalam adalah masa berkumpul bersama family and my father belanja kami makan PIZZA HUT kat Jusco Cheras Selatan..Menunya adalah seperti di bawah..


Kegilaan terhadap chesse akhirnya membawa kepada kekecewaan apabila staf kat situ mentioned "Maaf, cheese kita sangat terhad"..tapi pizza tu memang sangat sedap..pegila cuba..Deli wings plak my favourite tapi lama tak makan so smalam bila makan pastinya sehingga menjilat jari..

Geramnya bila servise sangat lambat sampai kitorang kena amik pinggan ngan sudu sendiri sebab tersangatlah ramai orang kat pizza haritu..bukan kat pizza je tapi orang memang sangat ramai kat Jusco..maybe baru dapat gaji ditambah year end sales..lautan manusia la jadinya..family cina yang belakang meja kitorang pun naik angin dan terus cakap bahasa melayu berbunyi "tunggu pizza 8 tahun baru dapat.."

Good news kepada kaki shopping..terutamanya for me.. Jusco member's day card adalah esok & lusa (22/12 & 23/12)..sudah memujuk the other half untuk cuti 2morrow supaya boleh shopping all day long..rasanya nak nonton gak..cite apa lagi kalau bukan AVATAR..akan update kemudian..

Saturday, December 19, 2009

TEMPAT LETAK BARANG2 ANAK2 BULUS

Saja beli rak ni untuk senang nak letak barang2 nak2 bulus..kemas ngan senang nak ambik..
Rak ni RM16.50..
Bekas letak sikat ngan pemotong kuku ni RM2..bunga yang melingkar tu i saje letak..konon2 nak bagi nampak cantik..hehe..

FUNGUS FLEX MENYERANG LAGI..

Asyik Flex je yang kena fungus..nasib yang lain tak kena..so hari khamis lepas me & the other half bawak Flex g Klinik Mesra kat Bangi..malas bawak gi UPM sebab mesti dia bagi sabun Malaseb ngan krim..fungus Flex plak merata2..tak laran nak cari kat bawah timbunan bulu dia yang banyak tu..

Mula2 bawak gi Pakcu Usual Petshop..Pakcu takde pekerja dia je ada..tanya dia kalau untuk fungus boleh inject tak..dia cakap fungus takde inject..kalau kurap adela..kalau fungus tu ada cikit2 mungkin berkesan tapi kalau da banyak tak berkesan dia cakap..tapi i kata cucuk ajela..cuba mana tau berkesan..kenala RM15.00..dia cakap kena 3 kali inject ni..minggu depan ngan minggu lagi satu datang lagi..i sebenarnya nak cari vitamin anak2 bulus yang da abis tapi kat kedai Pakcu ni takde plak so kitorang decide nak g Mesra Petshop untuk cari..
Tapi tak de plak Vitamin Brewer Yeast ni kat Mesra tu..saja tanya "kalau fungus ni ubat dia memang sabun ngan krim aje ker?" pastu staf kat situ cakap ubat makan pun ada..i pun apa lagi suh my the other half amik Flex dalam kereta..Doc vet tu cakap treatment fungus memang lama sket..dalam 5 minggu..makan ubat selang2..1minggu ubat 1minggu stop..dia bekalkan ubat plak seminggu aje..RM42.00..

Maknanya 17/12 sampai 23/12 makan ubat..pastu rehat seminggu tapi kena g klinik balik untuk amik ubat untuk 31/12 sampai 6/1..pastu rehat seminggu tapi kena amik ubat untuk 14/1 sampai 20/1..3minggu makan ubat 2 minggu rehat total tretment 5 minggu.. ini bermakna total kena bayar RM126.00..


Masuk harini da 3 hari Flex makan ubat..harap2 Flex cepat baik takdela kopak dwet mamanya..eh perasan i yang bayar..i mana ada dwet..PTPTN tak masuk lagi..papa bulus la bayar..satu benda yang i  blaja tentang fungus adalah bila mandikan anak2 bulus pastikan keringkan badan dorang sampai betul2 kering sebab fungus suka tempat2 yang lembap..so bila madikan anak2 bulus pastikan badan dorang da kering baru lepaskan dorang main..

HARI JUMAAT..

Smalam masa bersama the other half juga 2 orang kawan kami..apa lagi movie time kat Jusco Cheras Selatan..Sekarang ngah year end sales so memang best shopping tapi fulus tak de so i amik langkah jangan tengok kiri kanan jalan terus aje supaya tak menyinggah dan rasa nak beli..movie yang kitorang tengok tentulah Storm Warriors..

Cite dia ok lah..bagi i tak sebest cite Ninja Assassin..kluar panggung pun ada pening sket mungkin sebab dorang ni banyak guna kuasa fire tu kan..tapi kehenseman 2 hero(awan & angin) ni tak dapat disangkal lagi..heroin pun cute..tapi cam frust je ending dia.. 

Habis tengok cite the other half belanja makan Secret Recipe..rasa cam lama je tak makan secret receipe..kek2 kat sini memang terbaik tapi semalam tak makan kek..


my the other half suka makan Noodles Tom yum Kung kat sini tapi i suh dia makan Grilled Black Pepper Chicken ngan air Ice Lemon Tea RM15.00..sebab dia set so murah sket..i plak makan Prawn Macaroni with cheese RM16.50..air kitorang memang satu je sebab kalau dua slalu tak habis..total dalam RM36.00..thanks dear..

Tuesday, December 15, 2009

FAMILY VACATION..

Setelah penat menjelajahi Melaka bersama my the other half hari Jumaat, Sabtu & Ahad pula adalah masa together gether with my big family termasuk pakcik makcik, sepupu sepapat sepusat sepusing..2 hari 1 malam di Kota Tinggi Waterfall Resort, Johor.. Dah lama tak bercuti beramai2 macamni..sangat best..Rugi sapa yang tak join khas ditujukan kepada Nadhir..hehehe

Sebenarnya gi Kota Tinggi sebab nak mengantar Kak Nor (my cousin) yang kawin ngan orang Kota Tinggi..sambil menyelam minum air la kan kat Waterfall tuh..yihaa..

Bagi i park ni sangat cantik tapi sekarang dah kurang dijaga especially their resort..location resort sangat strategik atas bukit tapi almari bertahi cicak..air panas kejap ada kejap takde..kesian uncle Shiri yang demam waktu tu..semut gatal banyak melanda kediaman Busu & Aunty Norma, paip tercabut, TV tak dapat siaran walaupun ada Astro (ni jela yang UP sket)..harga RM180 sehari..dengan 1 katil queen size @ 2 biji katil bujang..tapi bilik agak luas..jadi kalau nak jimat sewa aje 1 bilik & bawak toto dari rumah..bila sewa bilik free breakfast untuk 2 orang..hampeh..setakat nasi lemak, mihun, roti bakar..bukannya check sangat pun bila nak masuk..kitorang belasah aje masuk ramai2..yang kelakarnya siap black out lagi sebab toster..terlebih volt..

Air terjun plak tak sejuk sangat macam mana2 air terjun lain yang i pernah gi..so bolehla berendam lama..yang bestnya air terjun ni ada 2 bijik gelongsor..1 boleh naik 2 orang yang lagi satu sorang aje..kalau tak nak menginap kat sini boleh masuk dengan bayaran RM9 seorang & parking dia RM5..untuk kami yang stay kat situ FOC la..selain ada air terjun resort ni ada gak swimming pool..kalau dia dapat maintain resort ni mesti sangat cantik..
Punyala asyik mandi manda sampai lambat check out & bertandang ke rumah pengantin..Sorry Kak Nor..Anak2 bulus tinggal ngan Papa dia..thanks dear..Harap2 kami dapat spend time together lagi..Jumlah keseluruhan resort yang kami sewa 12 buah, kereta ke kota Tinggi 10 biji..kelas..

Monday, December 14, 2009

SATU HARI DI MELAKA..


Hari Jumaat my the other half ajak jalan-jalan..dia tak bagitau plak nak jalan mana.. i pun siap..rupanya dia ajak gi jalan kat Melaka..dia kena bawak 3 orang lecturers dari Sri Lanka untuk melawat tempat2 menarik kat Melaka..so i pun tumpang sekaki..walaupun kampung abah kat Melaka tapi lama dah tak jalan2 kat Melaka..Me and my the other half, 3 orang lecturers Sri Lanka serta Pak Ayub driver fakulti..

Dari kul10 pagi sampai 10 malam kat Melaka..memang jalan2 sebab kami memang menggunakan  kaki..mula2 kat zoo Melaka..Masuk zoo ni dewasa RM7 tapi kalau ada bawak video camera kena bayar RM10 lagi..zoo ni malam pun bukak..menarik la banyak binatang..

Next station Menara Taming sari..nak naik RM10 dapat tengok satu Melaka dari atas..view sangat cantik..kalau malam mesti nampak lampu2 yang menarik..

Next melawat St Pauls Church Paul Ruins..tak payah bayar tapi kena naik tangga yang tinggi..kat sini ada tempat orang baling dwet untuk make a wish..tapi i tak buat la..tak percaya..
Pastu kami naik beca..mula2 lecturers tuk tak nak naik but bila they saw beca yang ada musik tu terus nak naik..kitorang pun pilih tukang bawak beca yang muda sebab kesian tengok pakcik tua yang masih mengerah kudrat tua mereka untuk mencari rezeki..tapi bila i naik yang muda macam nak terputus urat jantung..kayuh punyala laju..pastu basikal dorang glemer..BMX..betul tapi tayar yang besar tu..pandai dorang modified..

Next naik bot menyusuri Sungai Melaka..sangat berbaloi sebab RM10 untuk 45 minit perjalanan..

yang bestnya..punyalah jauh kami berjalan kaki untuk mencari kat mana stesyen bot ni..maklumlah ada lorang pejalan kaki sepanjang sungai ni..rupanya wrong way..
Malam2 naik bot ni memang  best sebab kiri kanan banyak lampu yang menghiasi kiri kanan laluan..

Kalau gi melaka jangan lupa pekena asam pedas Melaka..memang kau..tetiba rindu asam pedas nenek melaka..sangat sedap..

Kesimpulannya memang best la jalan kat Melaka sekarang..kalau malas nak jalan jauh2 gi la Melaka..gambar2 ni suma i amik kat internet sebab gambar kami lum amik lagi kat camera lecturers Sri Lanka tuh..tata