TERIMA KASIH..

Sunday, December 27, 2009

JUSCO MEMBER's DAY CARD SALES

Baru berkesempatan nak cite pasal shopping kat Jusco Cheras Selatan hari Selasa lepas..seronok dapat shopping..sebab rasanya last shopping hari raya aidilfitri lepas..bila memegang beg selepas shopping adalah satu terapi..oleh itu i harus kaya untuk meredakan stress ketika ianya menyerang..kerana ubat untuk i apabila stress selain melihat keletah anak2 bulus ialah shopping..tak kisah shopping untuk anak2 bulus atau untuk the other half atau for me asalkan shopping namanya memang best..

Kami berhabisan sebanyak RM262.10 pada hari itu dan ini membolehkan kami mendapat RM20 voucher..Setiap pembelian bernilai RM100 dapat RM10..
I bought dua helai baju dan sepasang kasut..my the other half plak beli sepasang kasut ngan 3 helai baju..kami cari barang i dulu then bila nampak ada kaunter kosong cepat2 gi bayar..maklumlah nak bayar yang lama coz barisan panjang gila..teringat zaman sekolah masa beratur nak beli makanan kat kantin..lepas tu baru cari barang untuk my the other half..pastu gi bayar balik.. 

Nak dijadikan cerita masa nak redeemed voucher i dengan confidentnya rasa apa yang kami beli da sampai RM300..bila orang tu kira tak sampai..bila i check balik rupanya ada 1 baju i yang dia tak kira..nasib la..kira dapat 1 baju free..rugi tak amik baju yang mahal2..hehe jahat..mungkin casher tu tak perasan sebab baju i beli tu dekat2 warnanya..  
Tengok warna baju ok bukan tengok saiz..taula i da gemuk..tunggula i dapat pakai saiz 's' balik..bila la agaknya..baju ni dua2 70%..berbaloi2..
Ni plak kasut yang i beli tu..actually nak beli kasut yang bertumit untuk praktikal tapi da berkenan plak ngan yang ni so beli jela..Harga asal RM99 ada 30% diskaun dapatla RM69.30.. Kasut praktikal tangguh dulu..

Hari i disudahi dengan menjamu selera di Village View Bangi..orang sangat ramai kat sini..yang tak best kalau kita dah order pastu bila kita dah makan kalau nak order yang lain dia kan cas RM0.50..kesimpulannya masa dorang amik order fikir betul2 nak makan ape atau order biar cukup supaya tak tambah order..

7 comments:

syaireen said...

wah banyak shopping ari tu......lawa kasut......bertuah la badan dapat boyfriend yang baik hati......

Qisha said...

thanks..alaa lagi bertuah kalau ada husband yang baek hati..

syaireen said...

husband memang baik hati tapi bila ajak shopping jer tak nak.....takut saya mintak macam2......saya kalau shopping tak ingat semua barang nak beli kalau ada sales la.....

syaireen said...

SEDAP TAK MAKAN KAT SITU....APE MAKANAN YANG BEST....NANTI BOLEH LA CUBA KALAU SEDAP......

Qisha said...

betul3..rasanya lelaki kalau kita ajak shopping jer dorang ngeri..saya pun memang banyak nak beli sebenarnya tapi memandangkan belum berkerjaya tahan nafsu jela..kalau awak da keje takpe hubby tak nak bayar awak ada dwet sendiri..huhu

kat village view tu sedapnya macam makan kat ayu seafood depan uma saya tu je..cuma environmentnya cantik..makanan pun mahal sket..

syaireen said...

saya ni pun tahan nafsu shopping jugak bukan boleh shopping tiap2 bulan. ari tu ada event kat tempat saya baru jer beli baju batik.tup tup awak cakap jusco cheras selatan ada member day. nasib baik tak de kat kl kalau tak mesti dah pegi menghabis duit lagi.....

Qisha said...

tula, ada hikmah awak takde kat kl..save dwet hubby awak..hehehehe..