TERIMA KASIH..

Saturday, November 28, 2009

SEPI



Melalui hari2 yang sukar dalam melawan kesepian hati..Ada peristiwa yang menyentuh hati berlaku bila kesedihan datang  menerjah hati..one nite i felt so lonely so i brought  Lotus to my room lepak on my bed.. just need someone to talk to..The clouds have been hanging around for almost a week now, every once in while the sun will try to shine through but it never seem to stay long. And guess what? Lotus macam faham ape yang i rasa..

Lotus : Why ayong look so sad?? is there something wrong??
Me    : Just looked at him and i shed my tears..Do u love me??
Lotus : Of corse i do..don't cry..i'm here..everything will be just fine..
Me     : Thank you dear..i hope so..i really need to hear that now..

Apa yang memeranjatkan Lotus menyapu air mata i yang keluar..i swear..i'm not lying..i'm not crazy..i don't care what people says but it's true..he swept my tears..thank you..

Friday, November 27, 2009

PENCAPAIAN MENERUSI KEHAMPAAN DI HARI RAYA KORBAN..


Tak tau macammana nak mulakan..ada banyak benda yang mengecewakan.. result, hidup sumanya sangat sangat mengecewakan..permulaan entry yang penuh emosi..yang penting selamat hari raya korban untuk semua..apa yang anda semua korbankan pada tahun ni..semestinya kita harus berkorban benda yang kita sayang..

As for me untuk mengubati kekecewaan dan kedukaan serta kelukaan di hari raya korban dengan menghabiskan duit tabungan untuk kegembiraan anak2 bulus di malam raya..ya, masih ingat duit RM1 yang i kumpul 2?diharapkan dengan terpancarnya keceriaan di muka anak2 bulus dapatlah diambil sedikit buat senyuman palsu di muka ini.. i dapat jugak belikan cat scratching wave post yang da lama i idamkan tu..
Malam raya lepas solat maghrib terus memecut moto Nouvo ke Mesra Petshop..harga asal RM55..bodek punya bodek dapat RM100 untuk dua bijik..i bayar pakai dwet RM1 tau..tak malu pun..siap kira depan indon tu lagi..it's all for u my anak2 bulus..indon tu bagi free drinking bottel yang macam Violet ngan Flex ngah blaja minum tu..so skarang i akan ajar Lotus ngan Adeeni plak minum macamtu walaupun ajar Violet ngan Flex pun tak berjaya lagi..skarang tinggal RM27 je dwet RM1 i..

Berjaya ke ubati kelukaan di hati? Berjaya la gak bila tengok dorang main2 kat situ..Senyuman palsu pun ada..bolehla nyanyi lagu Poker Face..

anak2 yang jantan suka memanjat..yang anak2 dara suka nyorok bawah tu..thank you so much my childrens..korangla slalu bagi  smangat bila i rasa nak tido aje sepanjang hari..yelaa memang kena bagun bagi korang makan, minum, buang poo & pee..tapi without them i just being sad all day long..duit bleh kumpul balik tul x?

Thursday, November 26, 2009

MASA BERSIRAM..

Smalam dari  kul10 pg sampai kul2 ptg i mandikan 5 ekor anak2 bulus..macam nak pengsan,,maklumla nak raya dorang pun kena la dalam mood hari raya gak kan..

Di mulakan dengan Lotus..
Lotus bila mandi mengiau kuat sangat..masa hair dryer plak keje nak lari aje..Cuma bagus Lotus ni dia memang tak kluarkan kuku..so macamana pun i tau yang yang i takkan tercedera..Lotus yang gentleman..

Diikuti rapat oleh Adeeni..
Ni 1st time i mandikan Adeeni since dia berada di bawah jagaan i..masa mula2 nak mandikan takut gak dia tak suka tapi rupanya paling senang mandikan Adeeni ni..dia mengiau sikit je..pastu masa keringkan pun senang..dia sorokkan muka kat celah tangan i pastu i pun hair dryer aje..kalau ada award untuk anak2 bulus yang paling behave time mandi mesti Adeeni yang dapat..Adeeni si ayu..

Disusuli pula oleh Violet..
Violet mulut paling bising skali time mandi..siap buat bunyi marah lagi..ingat kalau marah i stop siram la..lagi i siram ade..hehe..masa nak keringkan pun sama gak..bising aje pastu nak lari..susah nak keringkan dia..Violet si mulut kepoh..

Sampailah giliran Flex..
Time nak mandikan mulut bising siap nyorok2 lagi..masa nak keringkan pun susah..nak lari je..yang paling i dapat hadiah dari dia..ape lagi 3 tanda kuku kat lengan..sabo ajela..ganas sungguh..Flex yang otai..

Last skali i mandikan si mama Princess..mungkin sebab dia paling senior kan so senang gak la nak mandikan dia..tapi tak boleh nak keringkan guna hair dryer..i just lap guna tuala pastu dia keringkan bulu dia sendiri..time ni i da tak larat so gambar pun da xde..

eh salah princess bukan last yang mandi..i la yang last mandi..huhu..anak2 bulus da wangi i pun wangi gak;)

Tuesday, November 24, 2009

VACCINATION CERTIFICATE..

Smalam i dapat Adini punya vaccination certificate dari Kak Ani..Owner lama Adini..Kak Ani siap pakai pos berdaftar lagi..Thanks kak..skarang baru i tau nama Adini sebenarnya ejaan dia Adeeni..so skarang kenala tukar ejaan..Glamour nama Adeeni kan..pastu kat kad dia siap ada gambar lagi..
Kak Ani beli Adeeni ni kat kedai Pakcu..Pakcu Usual Pet Shop & Clinic..kat Bangi..Kak Ani cakap dia beli RM850 masa umur dia 7 bulan..so sangatla bertuah bila Kak Ani jual kat i RM600 je..thanks again kak..semoga murah rezeki akak..

Yang ni plak i kad vaccine Lotus..i bought Lotus at Mesra Petshop cawangan Sri Serdang..masa tu umur dia baru 3 bulan..i bought together with Tulip..endon yang jaga petshop tu cakap sepasang (jantan & betina) so i pun beli la..sekor RM700 tapi sebab i beli 2 ekor dapatla sekor RM600..rupanya Tulip ni jantan..so i have to let him go..i post kat mudah n aunty Ani bought him for her Putri (flat face persian)..bukan kak Ani Adeeni ye..

Ni la Tulip gambar yang kiri tu masa umur 3bulan and gambar kanan masa umur 7bulan time i jual dia kat Aunty Ani..i miss u Tulip..bila la nak melawat Tulip..Aunty Ani bagi nama Putera kat Tulip..mesti anak dorang nanti comel..
Ni plak kad vaccine Violet & Flex..i bawak dorang ni gi vaccine & deworm kat UVH UPM..

Macam2 jenis kad vaccine ni..paling berkualiti kertas dia tentulah kad vaccine Lotus..yang paling sempoi Flex & Violet punya..kerajaan punya sempoi je kot..cemana pun design dia yang penting i have to make sure that they all get their vaccination and deworming on time..betul tak??

JADI KE??

semalam tiba2 semangat datang konon2 nak buat cat bed for my fur kids..dala xde mesin jahit maknanya akan pakai manual iaitu jahit guna tangan..tapi xpela sebab semangat punya pasal kan..search kat internet "how to make cat bed" pastu banyak kluar tapi satu pun i xpaham n lagi satu xde bahan..

setelah setengah hari bertungkus lumus..inilah hasilnya.. 
hahaha..janganla gelak..kira ok ape?guna tangan tau jahit..penat betul..dalam dia guna kekabu..kain tu amik cadar lama..so total cost ZERO..

Lotus  : Ayong sedapnya cat bed yang ayong buat ni..empuk aje..
Ayong : Yeke, ayong rasa macam xjadi aje..Sorry yeh ayong xtau buat..

Adini  : dah la Lotus..tak payah nak mengampu ayong..cakap jela yang cat bed memang tak jadi..kalo ko mengampu pun kita dapat makan sama aje..takdenya ko dapat lebih..cuma ko tu gemuk suka makan lebih makanan kita..
Lotus : yang ko nak dengki tu kenapa? biarla aku nak mengampu pun..inilah kasih sayang namanya..cakap jela ko pun nak try tido dalam ni jugak..
Ayong : oit dala tu xpayah nak bergaduh sebab cat bed yang sempoi tu aje..
Adini : Blah pun si lotus ni..keje nak mengampu aje..betul ke best cat bed yang ayong buat ni??meh aku cuba naik jap..huh..xsedap pun..lebih baik tido kat bawah aje lagi best..Lotus Pengampu..
Ayong : Adini..kira ok la tu cubaan pertama ayong..

So pagi ni my lil sister cakap dia tengok lotus tido dalam tu..kesimpulannya Lotus suka tido kat situ n adini xsuka..korang nilailah sendiri benda alah ni jadi ke tak..hehehe..

Sunday, November 22, 2009

BETUL KE??

i terbaca article ni dan ia membuatkan i ketawa..i rasa memang ada persamaannya walaupun tak 100%..apa komen u all? especially men la..

Persamaan antara kucing jantan dan lelaki

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...



Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN :p Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.


2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.


3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???


TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.


5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.


7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.


8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!


9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang


memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

CIKGU SENI TAKDE IDEA???


cuma ingat balik masa sekolah rendah..i yakin mesti suma orang pernah wat benda ni.."ok esok bawak bawang,kentang,bendi untuk pendidikan seni dan jangan lupa warna air"..haha..yang bestnya dari i sekolah rendah sampailah my lil sister skarang sumanya kena buat benda yang sama..cigu seni ni dah takde idea lain ke?? masihkah kamu ingat??
selama itulah jugak my father macam kena sumpahan..anak2 dia mesti akan cakap "abah tolong ukirkan kentang untuk pendidikan seni esok.." Abah yang setia mesti buatkan..design yang selalu abah buat bulan sabit, bintang, bulat..terima kasih abah..sape yang tak pernah buat benda ni sila tinggalkan komen di bawah..seronok wat benda ni..i wonder samada cikgu seni u all lebih kreatif atau dia mengajar tak ikut silibus..tata

Friday, November 20, 2009

PEMBASMI KUTU


semalam g st angel kat equine park ingat nak gi beli Frontline Combo sebab kesian tengik anak2 bulus tergaru2 gatal..virus kutu menyerang lagi..duit memang xde tapi tak tahan tengok kegatalan yang melanda dorang so pegi la jugak..bawak RM100 dalam otak memang da berkata2 nak minta my the other half bayar lagi RM4..maklumlah kucin ada 5 ekor..sekotak ada 3 pipet RM52 so kenala beli 2 kotak kan..

malangnya frontline combo tu da abis..kenala beli frontline spray punya..RM65 dapat diskaun RM5 dapatla RM60..i bayar RM50 hubby bayar RM10..mekasih bie..tercapai gak cita2 nak beli yang spray..tapi i rasa yang spray ni xberkesan sangat la..slalu pakai yang titik tu cepat je..senang plak tu..ni anak2 bulus bila kena spray aje cepat aje nak lari..nasib ada Iqbal tolong pegangkan dorang..harini pun dorang still garu lagi tapi kurangla dari smalam..nanti2 kena beli gak yang frontline combo tu..ada sape2 nak blanja tak?

KEJAYAAN YANG GEMILANG..



haha..harini 20/11/09 adalah hari kejayaan untuk i..kejayaan ape?bukan kejayaan sebab dah berjaya mengajar anak2 bulus minum air dari bottle tapi kejayaan i memasak..yup memasak..selama 25 tahun hidup di atas muka bumi ini i sebenarnya tak pandai masak..selalunya hanya menolong aje...tapi harini dari nasi (of course la i pandai masak sebab skarang guna ricecooker je) sampai lauk suma i yang masak..by myself ok..

nak tau apekah lauknya..temanya masakan seafood..lauk yang pertama i masak ketam rebus air..xtau la plak masakan ape namanya so i hentam aje nama tu..pastu sotong masak kicap n last skali sambal udang..yelaa taula masakan ni simple tapi kira okla kan untuk orang yang cam i ni..sebenarnya keinginan nak masak ni sebab harini monthly anniversary kitorang(mengada tiap2 bulan pun nak wish)..so i pun cakap kat my the other half "bie, harini kita makan sama eh..sempena dengan anniversary kita biar sayang yang masak.."


ingat nak makan sebelum smayang Jumaat tapi sebab amatur dan leka tengok internet terpaksala makan lepas smayang Jumaat..i tapau pastu kitorang makan kat tasik..bawak sudu dua pastu garfu pinjam kat kedai makan tuh..haha..romantik tak?



ni respond yang i dapat dari my family : 
i : sedap x?
Iqbal (adik) : sedap tapi udang ko pedas sikit 
i : adik nk tambah nasi lagi?
irin (adik) : tak nak..
i : nape tak sedap ke ayong masak?
irin (adik) : mengangguk dengan cepat berkali2..sedap..adik da kenyang
i : sedap tak wan ayong masak?
wan (nenek) : sodap..

ni respond dari hubby :
i : bie sedap tak sayang masak?
hubby : sedap..pandai sayang bie masak..

so sekarang i tengah perasan masakan i sedap..jangan marah eh..walaupun i tau mungkin dorang ni nak amik hati i je kan..sebab masak lauk simple camtu pun punyala lama..blum masak cam orang lain lagi..kari ke, masak lemak ke..sumpah tak tau masak camtu..at least i tau i masak tu dengan kasih sayang untuk orang2 yang i sayang..mungkin sebab tu suma orang akan cakap masakan mak dia adalah masakan yang paling sedap walaupun hanya telur masak kicap..i percaya masakan tu jadi sedap sebab dicampur dengan kasih sayang yang mak2 ibu2 ummi2 mummy2 mama2 kita bagi untuk kita..

Monday, November 16, 2009

FILEM WAJIB TONTON




















Cerita ni memang da lama i tunggu..dari 1st day cerita ni kluar 12/11/09 nak tengok tapi haritu ada dua paper so xsempat gi tengok..hari Jumaat ingat nak tengok tapi the other half plak sibuk..Sabtu & Ahad jangan harap la dapat tengok..hari Sabtu gi orang beratur panjang gila..sabar jela tunggu hari isnin.. da siap booked lagi tapi lambat amik so kena cancelled la tiket..semangat nak tengok dapat seat 4 baris dari depan pun xkisah..lagipun bayar student price je..ok la tu..

kepada yang belum tengok i rasa filem ni WAJIB ditonton..pasti xrugi atau kecewa..tiada rungutan yang keluar dari mulut dan kesakitan leher hanya dirasai apabila kluar dari panggung..sepanjang perjalanan pulang tiada sepatah perkataan kluar dari mulut kami berdua..bukan sebab perut keras menahan pee tapi there is something inside my mind..al the way balik asyik berfikir apa pengajaran yang i dapat dari tengok cite ni..FYI 2x i nangis sepanjang cite ni..xdinafikan Qisha seorang yang sensitif tapi thahla rasa diri ni terlalu kerdil..Subhanallah..teringat email yang i dapat..semoga menjadi pengajaran..

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan



dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.... (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012..


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:


Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

NIKMAT HUJAN..

Dulu musim tengkujuh selalu melanda negara pada sekitar penghujung tahun yakni dalam bulan 11 dan 12 terutama di negeri-negeri Pantai Timur. Tapi itu pada sebelum tahun-tahun 90an. Sekarang musim tengkujuh melanda negara tidak mengira musim. Barangkali perubahan musim ini terjadi akibat daripada kerakusan manusia menodai alam sekitar di seluruh dunia. Macam kat Kuala Lumpur bila berlaku hujan lebat, banjir slalu berlaku.

Bila musim tengkujuh menjelma, baju susah nak kering namun ciptaan Allah ada hikmah disebaliknya. Hikmah dirasai oleh anak2 bulus ialah mereka tidak lagi mengeluarkan lidah akibat kepanasan..hikmah untuk i adalah xderla dengar2 suara mereka memanggil2 minta di masukkan ke dalam rumah..maklumla my mom bising nanti..so kat bawah ni aksi2 mereka sedang tidur..enjoy..

BILA NAK BERJAYA?



Masuk harini da 10 hari i cuba train Flex n Violet minum dalam botol tapi still xberjaya..otak da buntu da tapi i tetap percaya usaha tangga kejayaan dan yang paling penting bebanyakla bersabo..sabar kan separuh dari iman..nasib la ngah cuti sem ni..


tapi punca nak train dorang minum guna bottel ni sebenarnya sebab da hilang sabar da..(kantoi)..perangai dorang ni yang suka minum guna tangan..sebelum minum kacau air dalam bowl tu dulu then baru minum guna tangan..kekadang je baru minum terus dari bowl..mana tak naik hangin..air yang kluar lebih banyak dari yang masuk dalam perut dorang..si Lotus ngan Adini xguna tangan..sangkar dorang ni lak dari kayu..so takut plak cepat reput..that's it la..kenala ajar minum guna bottel..bila nak berjaya?wallahuaklam..bila guna tangan, tangan dorang basah pastu masuk plak dalam tempat pembungan..kluar dari situ bawak pasir skali yang melekat kat tangan..habis kotor cage..adoyai..penat nak bersihkan lagi..mana tak ilang sabar den..kan dah kluar bahasa nogori..
violet minum guna tangan..

tadi baru pas baca forum kat petfinder cakap cuba letak air rebusan ayam dalam tu dulu then bila malam pakai air biasa..perkara ini akan dicuba..tapi i bagi dorang ni minum air bio aura tau..not that bad la  kan....i da cuba tonyoh2 manja gitu kat muncung bottel..tak berjaya gak..siap letak vitamin kat muncung bottel supaya dorang jilat..tak berjaya gak..kita tunggu je la i berjaya ke tak train dorang ni..nantikan di entry akan datang..result dia ada dua je..samada dorang yang give up tahan kehausan atau i yang give up menahan kesabaran..

lantaran dari perkara tersebut so hari sabtu dan ahad i dipenuhi dengan aktiviti mensyelek sangkar anak2 bulus..sabtu lepas solat subuh i lap cage guna dettol pastu g kedai beli syelek..setelah itu proses menyelek pun bermula..
syelek ni harga dia RM26.00 tapi uncle kat kedai tu bagi diskaun..tq uncle..

dua hari bertungkus lumus..i puas hati la ngan hasil kerja tangan sendiri..permukaan sangkar tu i syelek 2x maknanya da 3 lapis syelek la..so permukaan dia lebih smooth..xdela bulu mereka tersangkut2 lagi..ni la hasilnya..
keadaan kayu akibat selalu kena air..

keadaan lepas disyelek..

anak2 bulus plak member kerjasama yang cukup baik..sepanjang mensyelek dorang syik tidur aje..rahmat musim hujan..cuaca sejuk..selesa la dorang tidur..bila i syelek atas letak dorang kat bawah..nak syelek bawah letak kat atas..
mereka memberi kerjasama yang sangat baik..

kesimpulannya proses menyelek telah berjaya..proses pembelajaran guna bottel masih tidak berjaya..