Actually im still new in the anak bulus arena ni. tambah tolak campur ada lebih kurang dua tahun. sepanjang berkecimpung dalam arena ni banyak kenangan pahit manis yang i lalui bersama ngan anak2 bulus ni. yang pahit tu sampai satu tahap rasa nak give up aje bela kucing. yang manis pula rasa cam nak menambah anak2 bulus. yang pasti semakin lama i semakin memahami tabiat serta perangai kucing dan i juga reallized that there's something that i can learn from them..salah satunya maybe manusia di zaman sekarang semakin berperangai lebih teruk dari mereka (haiwan). Berikut adalah senarai what i've learn from my anak2 bulus:
1) Belajar untuk lebih bersifat penyanyang
Kucing adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang sangat penyayang..i masih ingat ustaz yang mengajar i jenayah islam ada menceritakan pengalamannya melihat gelagat 2 ekor kucing yang sedang makan berhampirannya. ibu kucing mendahulukan anaknya dan hanya memerhatikan anaknya makan walaupun nampak si ibu juga sedang lapar..apabila anaknya sudah habis makan barulah dia menjamah sisa yang tertinggal..tidak seperti kita hari ini yang pantang nampak makanan ibarat semut hurungkan gula..kalau kucing pun boleh bertoleransi inikan pula kita. inilah kasih sayang namanya..
2) Belajar untuk menjadi lebih penyabar
Jika masa mula-mula memelihara kucing dulu i sangat tidak sabar bila kucing i "melepaskan hajat" mereka di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi di dalam rumah. gamaknya memang i lah yang kena cuci..bukan tu aje ditambah pula petiran dari ummi yang memang buat i terasa nak campak aje kucing tu keluar sebab tidak faham bahasa (kucing mane faham ape ko cakap le... =p). Tapi, semakin lama i menjadi semakin penyabar untuk berhadapan dengan karenah kucing-kucing ini. sabar untuk mengajar mereka tentang itu dan ini dan dengan kesabaran kesemua kucing i da tak pernah 'melepas' dalam rumah.. ini menunjukkan bila kita pelihara kucing/ haiwan kita mestilah sabar bila mereka buat hal sebab memang sudah tertulis haiwan hanya diberi otak tetapi tidak diberi akal oleh Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, sabo aje laa... =) bukankah sabar separuh dari iman?
3) Belajar menjadi lebih berdisiplin
Rutin harian bila i memelihara kucing:
Bangun pagi selepas solat subuh buka sangkar dan beri kucing makan. Sementara kucing berselera menjamah makanan, i pula membantutkan sedikit selera sarapan pagi dengan membuang najis-najis kucing ini. daripada dulu rasa najis dorang ni busuk sekarang dah lali.. Kalau tengah hari ada kat umah, bagi lagi kucing i makan tengah hari mereka. . kesimpulannya sebelum i makan , i akan bagi kucing makan dulu biar bila i makan takdelah kucing2 i bising mengiaww aje sebab lapar.. Dengan semua rutin di atas membuatkan kita juga mendisiplinkan diri untuk mengatur jadual aktiviti harian kita. Kerja kita beres kucing pun semakin sihat dan comel =) . kalau dulu lepas subuh tido balik sekarang lepas subuh buat ape yang patut lepas tu baru pikir nak sambung tido ke tak..
4) Belajar menjadi lebih pemurah
Bila dah pelihara kucing ni dengan automatiknya i akan berasa kasihan bila terjumpa kucing yang sedang kelaparan.. seboleh2nya i akan bagi sikit ape yang i makan... bil nampak dorang makan dengan berselera rasa gembira aje hati ni..sekarang i akan lebih ringan tangan untuk menderma apa yang termampu kepada orang yang minta sedekah/ susah kerana dengan kucing pun i tidak berkira untuk berhabis wang ringgit ini kan pula dengan sesama manusia.
5) Belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri
i ni seorang yang sangat suka bergaya apatah lagi membeli belah..biasalah perempuan..kalau boleh setiap bulan mesti nak shopping walaupun sehelai baju..tapi sejak memelihara kucing ni i sangatlah jarang bershopping..i akan berfikir sejuta kali kalau nak shopping..maklumlah masih belajar..kalau shopping mesti takde budget nak beli makanan untuk anak2 bulus..inilah pengorbanan yang paling besar i rasa sepanjang memelihara kucing..berperang dengan nafsu supaya tidak pentingkan diri sendiri.. keperluan anak2 bulus diutamakan berbanding kehendak sendiri..huhu..
6) Belajar menjadi lebih pembersih
kucing perlu berada di dalam environment yang bersih untuk menjamin kesihatan mereka..jika tidak mereka akan mudah diserang penyakit seperti fungus terutama kucing yang berbulu panjang..tempat najis mereka juga perlu selalu dibersihkan supaya aromanya tidak keluar kerana udara dikongsi bersama..betul x? selain tu i ada adik yang ada astma so bila i dah bawak kucing i main dalam rumah i kena pastikan sekurang2nya i sapu rumah balik supaya bulu kucing tidak berterbangan..win2 situation..anak2 bulus suka main dalam rumah..orang dalam rumah sihat..:) kan mengajar jadi pembersih tu..
i rasa banyak benda yang i dah belajar and im still learning..ape yang u all da belajar dari kucing2 u all..kongsi la ngan i diruangan komen..tq
Friday, November 6, 2009
WHAT DID I LEARN??
Posted by Qisha at 1:35 PM
Labels: Dunia Kucinku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
banyak benda yang kita boleh blaja kalo bela kucing ni..hehe..akak..nk tau x kadang2 kan ape yg kita minat mempengaruhi cara kita memilih jodoh..hurm susahla yana nk kena cari org yang suka kucing..heheh
akak..jgn lupa yana da tukar link tau
orait yana..akak da link da blog baru..awat tukaq blog? betul, kalo kita suka kucing pastu partner xsuka cemn kita nak bela tul x?kalo bela pun nant mest kita je nak kena buang poo dia..xbestla cam2..nasib the other half akak pun ada kucing kat uma..
betul la sume bende2 tue..
bgn pagi semata2 nk cek kucing ok ke x..
basuh berak dorg..
hahaha..
bile teringt cm kter sorg jerk gler kn kucing..
tp mmg sume yg suke kucing cm2...
smpikn membe2 ckp giler ckp sorg2 biler tgk gmba kucing..
bckp ngn kucing....mcm kucing 2 org..
klaka...
Post a Comment