TERIMA KASIH..

Sunday, January 31, 2010

LOVE BITE a.k.a GIGITAN CINTA

Masa bercinta semuanya manis..Kentut busuk pun cakap "Takde lah, tak bau pun.." Padahal tahan nafas memanglah tak bau kan..

Bila tak dapat ape yang diminta mulalah nak mengganas..ada ke patut..Ape sebenarnya yang saya nak cerita ni? Kesnya adalah kesian kat Kitryna yang telah dikasari Flex..Kitryna on heat pastu Flex pun ape lagi mulakanlah langkah..Tanpa kelembutan gigitan cinta Flex telah mencederakan Kitryna..Saya pun panik bila bangun pagi tengok leher dia dah cedera..


Merah berair je luka ni..tapi takde darah..Inilah masa nak jadi doktor haiwan kan..Dalam keadaan pani, ni je yang ada kat dalam otak..


Mula2 bersihkan guna dettol pastu letak minyak gamat yang putih tu..da up grade da sekarang minyak gamat tu..da dimodenkan jadi balm gamat..bau pun wangi..

Tadi masa jumpa Lola baru dapat lagi satu petua..Letak Jelly gamat kat tempat yang luka pastu boleh letak kat dalam air bagi anak2 bulus minum..Elok untuk bulu2 dorang..Nanti nak cuba gak lah..


RM39.50 250 ml..akan diberitahu keberkesanannya kemudian apabila saya telah mencuba..Thanks to Lola sebab bagi petua ni :)

Saturday, January 30, 2010

I LOVE MY PET CONTEST..


Ni plak contest ke-2 yang saya join..harini last day..baik join cepat..kat sini saya nak share ape yang saya da emailkan..hope dapat menang..kalau menang dapat makan diskaun..suka..kalau free lagi suka..

Ni gambar yang saya pilih


suka gambar ni coz Lotus tido ada style tersendiri..

What do i love about my pet : Kucing saya ni jantan berumur 10 bulan..Saya telah berikan dia dua awek iaitu Violet dan Adeeni yang kedua-duanya berumur 1 tahun..Dengan kemachoan wajahnya saya berharap dia akan mengandungkan mereka.. Namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil nampaknya..Adakah kerana saya telah menamakannya sempena nama bunga iaitu 'Lotus' menyebabkan dia keliru dengan jantinanya sendiri..Ini terbukti dengan aluanan suaranya yang masih belum pecah (matang). Walaupun begitu kasih sayang saya tetap tak tumpah terhadapnya..Eh macam takde kena mengena pun dengan what do i love about my pet..

Sebenarnya ape yang saya suka pasal Lotus ni adalah walau ape pun yang saya lakukan terhadapnya (termasuk tonggengkan dia), dia adalah satu2nya kucing saya yang tidak akan mengeluarkan kuku untuk mencederakan saya walaupun dia adalah ahli tiga line (sebab belakang dia ada tiga line)..Mintak maaf kepada tuan contest ini kerana membaca bebelan saya yang panjang..Tolong jangan disqualified kan saya sebab ini..

Ape yang saya nak sampaikan sebenarnya saya nak menang..saya dan kucing 2 saya suka makan..yang penting kalau saya menang ianya akan menjadi salah satu sebab "What do i love about my pet"..

Sekian terima kasih..

Amacam, korang rasa boleh menang ke??

Contest Namakan dan Menang!!

Hai all..Ni first time nak masuk contest kat alam maya ni..ape yang membuatkan saya tertarik nak join contest ni adalah kerana anak kucing itu (sebab belum ada nama) tersangat lah cute, comel, & adorable..OK,ok selain hadiah yang ditawarkan sangatlah menarik..

Dengan ini saya merasmikan "CREAMIEY" adalah nama barunya..ceh yakin je..belum tentu mummy ngan daddy dia terimakan nama ni..Ah tak kisahlah nama ape pun dia dapat pasni yang penting dia tetap Creamiey untuk saya.. 


Jatuh hati kan bila tengok dia..rasa cam nak kitnap tapi nanti berdosa tapi cemana nak kitnap rumah dia pun saya tak tahu..Jadi tak dapat kitnap bagi nama pun jadilah..sebut sekali lagi "CREAMIEY"..

Kenapa saya letak "CREAMIEY" adalah kerana warnanya yang cream (sebab ni semua orang tahu).. Sebab orang tak tahu adalah saya nak sangat kucing warna ni tapi hasrat belum tercapai..kalau tercapai nanti saya nak namakan CREAMIEY jugak..Selain itu rasanya ianya sesuai di gandingkan dengan Tomei.. "Tomei, Creamiey mari makan.." Agaknya cam tu kot nanti mummy & daddy dia panggil makan..


Alala..sweet lil CREAMIEY da tertido da mendengar bebelan Aunty (mengangkat diri sendiri sebagai mama angakat CREAMIEY)..

Pssttt : CREAMIEY..boleh tahan tak cara aunty mengampu mummy & daddy kamu..Suh dorang bagi aunty menang tau..K da skarang CREAMIEY boleh tido..NITE..

Kepada kawan2..Jomlah join ramai2 contest ni..Nak tau lebih lanjut klik SINI..Mana tau kalau saya tak menang korang boleh menang..Good Luck..

Friday, January 29, 2010

LAYAK KE??


Lotus nak masuk geng tiga line? Layak ke si Lotus ni nak masuk geng tiga line tu??


Ingat dengan tangan yang tembam tu dapatlah masuk tiga line?? Muka pun jambu aje..Jangan mimpi la..



Marah nampak tunjuk bontot ek..Setakat ekor kembang tu orang tak heran la Lotus..



Eleh merajuk ke Lotus..Badan besar pun tak semestinya di terima masuk geng tu la..


Laa sebab belakang Lotus ada tiga line je ke Lotus nak masuk geng tu..tak payah la eh sayang..anak bulus mama mana boleh masuk geng2 yang camtu..

Kalau yang tak tau geng tiga line tu ape klik SINI ek..

P/s : Kucing pun sayang sesama mereka..inikan kita manusia yang ada otak..Eh kucing pun ada otak kan..

PENGAKUAN BERANI MATI..


Masih tercari-cari?..rasanya tak perlu kot..Sempena entry yang ke 70 ni saya nak buat pengakuan..Dengan ini saya mengaku bahawa saya tidak ada mana-mana account yang disenaraikan di bawah..
Di awal kemunculannya semua orang berlumba-lumba untuk ada account Friendster..



Siapa yang ada account kat sini dianggap lebih "up" dari Friendster..

Dan KINI..


Siapa yang tidak mempunyai account ini dianggap KETINGGALAN ZAMAN..

Termasuklah saya..Jadi jika anda terjumpa mana-mana account di atas yang anda rasa adalah saya..ianya ternyata bukan saya..ia hanyalah peminat-peminat saya..cit..hehe..

Teringat cerita last semester bila lecturer tanya "Siapa yang takde Facebook?" Hanya saya dan seorang lagi rakan yang mengangkat tangan di dalam kelas yang berkapasiti 60 orang..Di mana silapnya? anda fikirkan.. Namun hati sedikit lega bila lecturer berkata "Saya pun tak ada Facebook"..

Wednesday, January 27, 2010

YANG MANA SATU??

Sambil menyanyi ~~~ "Yang mana satu pilihan kalbu..tidak tertahan menanggung rindu.." Eh, tak sesuai plak lagu tu..hehe..Sebenarnya nak cerita pasal nak cari shampoo untuk anak2 bulus..Masa gi Pet Lovers Mines aritu tak tau nak amik shampoo yang mana..kalau sebelum ni pakai shampoo yang harga RM11.00 kat Giant tu je..

Last2 buat macam pilih kedai makan..kalau kedai tu ramai orang maknanya sedap la makanan kat situ..Maknanya shampoo mana yang da tinggal satu itu tandanya shampoo tu yang paling laku yang banyak orang beli..harap2 betul la kan..


Harga dia RM16.50 tapi dapat 5% diskaun so dapatlah RM15.70..

Vitamin dorang ni pun dah habis..kalau dulu pakai yang ni..250 tablets RM21.60 after 10% diskaun RM19.44 beli kat St Angel


Tapi sekarang nak cuba yang ni plak..Sebab kat Pet Lovers ni takde yang tu..500 tablets RM46.00 after 5% diskaun RM43.70..Jenama sama cuma dah diperbaharui kot..


Pasir plak akhirnya saya bertukar balik ke pasir yang lama..sebelum ni mengada nak cuba pasir baru..dah lah mahal RM23.00..takdela ok pun..dah la tak wangi..


Tukar balik pasir yang lama..RM19.00 bau lemon lagi..yang penting murah..Sebab sebulan kena pakai 2 bag cat litter ni maknanya 20 liter sebulan..


So melayang lah RM97.35 kat Pet Lovers Centre Mines haritu..;)

Sunday, January 24, 2010

BILA BAU MENUSUK KE DUA LUBANG HIDUNGKU..

Bila bau menusuk ke dua lubang hidungku malas pun kena jadi rajin..Semenjak Bleuy and Kitryna duk ngan saya ni lah 1st time saya nak mandikan mereka..maklumlah bila amik dari petshop haritu busuk sangat..tapi saya tak mandikan dulu..biar dorang ni dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baru dulu..then barulah saya akan mandikan walaupun bau dorang ni Nauzubillah..kononnya supaya mereka tak mengganas dan mencederakan tanganku yang mulus..heh perasan..

Masa mandi suara dorang dari ala2 Siti Nurhaliza bertukar jadi Ning Baizura..tapi masih tak mengganas lagi..gembira je hati sebab tangan masih mulus..


~ BLUEY ~
Cantik kan mata dia..

~ KITRYNA ~
Warna bulu Kitryna ni kekuningan tak macam Bluey yang putih bersih..Tapi bulu dia lebih panjang dari Bluey..

Bila tiba masa nak keringkan..tangan ku yang hitam kelabu asap ni bertukar merah..dah tak mulus lagi dah..kalau bela  kucing ni kalau takde cakaran kat tangan tak sah..Bluey mengganas bila dengar bunyi hair dryer..mungkin orang kat Petshop tu tak pernah mandikan dorang ni kot..terpaksa masukkan dorang dalam carrier sambil keringkan..

~ BLUEY ~

Lepas mandi badan dah wangi..


~ BLUEY ~


~ KITRYNA ~

Flex berkata "Wanginya mereka..baru selesa nak duduk sekali.."

~ FLEX & BLUEY ~

~ FLEX & KITRYNA ~



Bluey & Kitryna berkata " Sekarang kami dah wangi, ko yang busuk Flex.. Don't come near us.."


Flex : Ayong, nak mandi jugak..
Me : Lain kali eh..ayong da penatlah..tangan pun dah cedera..Flex busyuk pun ayong sayang jugak..

PRINCESS DAPAT ANAK LAGI..

Last Thursday 21/01/10 Princess selamat melahirkan 4 ekor anak..Bapak kepada budak2 ni tak diketahui..maybe kucing2 jalanan yang selalu berkeliaran kat depan rumah saya ni..

Actually Princess ni nak dineuterkan sebelum ni tapi tak sempat nak gi dah dikerjekan oleh jantan jalanan itu..After this tak boleh berlengah lagi..Satu lagi masalah ialah saya akan mendahulukan duit untuk beli makanan ngan keperluan dorang ni dulu..maklumlah duit PTPTN yang saya dapat pun tak seberapa..kalau dah keje lainlah kan..TAK SABAR NAK KEJE...harap ada duit lebih so bleh bawak Prinsess gi zass sebab kat vet UPM ni nak zass kucing betina RM120.00..mahal..




Bila dah putus susu kena lah put for adoption dorang ni..akan selalu maklumkan progress dorang ni nanti ;)

Thursday, January 21, 2010

DAH PANDAI DAH..

akhirnya usaha untuk ajar anak2 bulus minum guna botol membuahkan hasil..

~ VIOLET ~

~ FLEX ~

Paling susah nak ajar budak 2 ekor ni lah..maklumlah selama ni dorang minum pakai tangan so bila nak ajar minum guna mulut punyalah susah..sebulan gak la nak ajar dorang ni..Tapi Violet sekarang da bijak..dia akan sondol (betul ke perkataan ni?) pakai hidung bebola tu dulu then bila air da menitik baru dia minum..bijak2..


~ LOTUS ~


~ ADEENI ~

Budak 2 ekor ni plak langsung tak payah ajar..hari kedua bila dah tak letak air dalam bowl terus pandai minum..bijak2..


~ BLUEY ~


~ KITRYNA ~

Budak dua ekor ni plak..nak kena letak jari kat situ dulu baru nak minum..dua hari aje dah pandai..bijak2..

Anak2 bulus bijak mama bulus senang hati ;)

Monday, January 18, 2010

MY NEW ANAK2 BULUS..

Salam suma..akhirnya genap seminggu Bluey bersama-sama saya di rumah..Actually Bluey ni saya beli kat Mesra Petsop Serdang..masa 1st time tengok dia terus terpikat especially pada matanya yang berwarna biru..memandangkan masih belum ada lagi kucing putih apatah lagi mata berwarna biru kat rumah so i decided untuk bawak dia balik..but my abang Fadzli and Kak Jiyah cakap kesian tengok sister dia tinggal sorang..dorang cakap ambik je dua2..so i pun ambillah kedua-duanya.. Abang Fadzli bagi nama Snowy untuk yang lagi sekor..Kedua2nya betina umur 5 bulan..



~ BLUEY ~



~ SNOWY ~

Al- kisahnya bila di bawa balik baru saya reallized yang mata Snowy ni juling..dia asyik berpusing mengejar ekor..sampai terjatuh2..saya ingat mungkin biasa aje, tapi bila da 5 hari dia still berpusing2 dan still tak ngam dengan Flex..sedangkan Bluey ngan Flex da jilat2 sesama sendiri..mungkin mata Snowy yang juling tu buat dia sentiasa dalam ketakutan..

so, pagi tadi saya pegi balik kat Mesra Petshop untuk dapatkan penjelasan dari Dr. kat situ..yang menyakitkan hati Dr. tu mati2 cakap Snowy ok masa ngan dia..Dia cakap mungkin i ada jatuhkan Snowy..i memang bengang..i cakap i nak tukar ngan kucing yang baru..i tak kira..Dr. tu suruh i tambah duit tapi i tak nak..i cakap bukan salah i..dia yang bagi kat i kucing yang juling pastu tak nak mengaku..dia marah2 tapi last2 dia bagi jugak..lantaklah, asalkan saya tau bukan salah saya..so inilah kucing baru tu..betina gak, warna mata biru tapi dah 6 bulan..



~ KITRYNA ~

So, dengan adanya Bluey ngan Kitryna kat rumah i dah tutup buku untuk beli kucing lagi..cukuplah..i akan jaga anak2 bulus i dengan sebaik2nya..doakan mereka suma sihat2 yer..