Erm contest ni lebih kekeluargaan..Bagus, asyik ingat papa bulus aje patutnya kena ingat abah sendiri lebih lagi kan..Kerana dia adalah lelaki pertama dalam hidup saya..Yang bestnya tentang contest ni adalah ia menyedarkankan saya tentang ketandusan gambar saya bersama abah tercinta (berdua)..Saya sangatlah marah dengan diri sendiri..Sedangkan gambar bersama papa bulus melambak2..Tak patut kan..
So this is my best photo with my ABAH in his convocation day dua tahun lepas..
SAYA SAYANG ABAH SAYA KERANA
Abah saya sayang kat saya..ini saya tau sebab bila saya telefon abah, selepas memberi salam abah mesti akan cakap "ya yang..".. Tidakkah itu tandanya sayang..Kalau masih belum kukuh sebab itu saya bagi sebab lain..Setiap kali kalau abah nak balik Penang (memandangkan abah dah kerja kat airport Penang sekarang) atau abah nak pergi mana2 abah pasti akan memberikan saya pelukan serta ciuman di kedua belah pipi saya..Ya sehingga sekarang saya berusia 26 tahun..Kadangkala terbit jua perasaan malu terutama apabila berada di hadapan rakan2 tapi bila bermesra ngan papa bulus tak malu plak kan..Tak patut..
Saya sayang abah sebab abah selalu bagi nasihat bila saya berada di jalan yang salah..Abah pasti akan cakap "Ayong dah makan jalan orang ni..ikut lane sendiri.." Ya itu ketika memandu..Maksud saya nasihat untuk hidup..Erm banyak sebab mengapa saya sayang abah..Jangan pertikaikan ye betul ke tu abah saya..saya tau la hidung dia mancung hidung saya kemik tapi saya ikut hidung mak saya la..Bila saya taip ni saya sedar takde sebab untuk saya tidak menyayangi abah..
Harap2 boleh menangla contest ni..Kalau saya menang saya akan topupkan abah..OK ni tipu sebab abah pakai bil..Saya nak menang sebab saya nak topup telefon saya..
Kepada yang nak join contest ni sila klik kat SINI.. Hadiah2nya adalah:
Tempat pertama: topup RM30
Tempat kedua: topup RM20
Tempat ketiga: topup RM10
Para pememang akan ditentukan oleh orang lain, Cik Bard tak mahu bias..
Tarikh tutup penyertaan masih belum ditetapkan..
Marilah join ramai2 ok? =)
2 comments:
hai..thx k sebab join contest nie.. =)
u r most welcome..mana tau boley menang kan:)
Post a Comment