TERIMA KASIH..

Thursday, February 4, 2010

PLEASE PRAY FOR FLEX..

Harini adalah hari cengeng insan bernama Nurul Balqish Ab Razak..Pukul 7.00 pagi bangun untuk mengabdikan diri untuk anak bulus menjadi saat yang mencemaskan apabila mata saya terpaku pada Flex yang sukar menghirup oksigen..Dalam otak berlegar2 sebab mengapa Flex begitu

1. Nak muntahkan hairball
2. Tercekik makanan
3. Tersedak air
4. Selsema

Flex diam je tapi matanya seperti berkata "Ayong tolong.." Tak sanggup rasanya nak melihat dia begitu..Kerja penting yang menuntut komitmenku sebagai pelajar pagi itu saya ketepikan semua untuk anak yang saya sayangi..Nyawaku..Masih segar dalam minda wajahnya yang sayu..


Saya bawak Flex kat UPM vet..Doc cakap kena x-ray untuk pastikan dalaman Flex ok..Keputusan x-ray keluar doc bagitau Flex kena FIV..saya still cuba tenangkan diri (sebab tak paham maksudnya) tapi bila doc cakap "It's not something good, please prepare urself for the worst.." Masa ni macam satu duania ada atas kepala..Mata start berkaca tapi tahan sebab malu..

Flex kena masuk ward sampai Isnin..Setelah doc tu kira medication charges suma around RM400 something..saya just angguk2 kepala..Otak fikirkan Flex aje..Bila kat counter bayaran tu Encik tu cakap RM180 something sebab Flex ada 60% diskuan..Kena bayar deposit RM50 dulu..

Masuk je kereta other half terus banjir..Rasanya suma student yang tunggu bas suma nampak..Lantaklah..Tak boleh tahan..Masa angkat cage kosong tu pun tak tau cemana nak gambarkan perasaan..Kalau nak tau FIV tu apa klik SINI..

Tolong suma doakan Flex..I just cannot imagine my life would be without him..Apa yang saya baca dalam internet there is still no cure for this FIV..:'(

6 comments:

myQza said...

erk!
x de ubat?

pernah dengar tapi x sempat nak klik link..

semoha flex kuat!
kamu juga!

Qisha said...

thanks tedi..tak tau la ke salah pandang..tapi harap2 salah baca..huhu

syaireen said...

sabar yer mama bulus moga2 flex cepat sembuh jangan sedih yer .....

My A,B,C,D...... said...

Qisha kuat kan semangat utk anak2 bulus yang lain....kita sama2 berdoa agar flex x ape2....

bylindakitchen said...

adoyai
penyakit yang paling sangat utk dijauhi dan ditakuti.
harap masih boleh di ubati.
ada amik blood test ker?
tak pat bayangkan camna.
sedey giler.

qisha
tarik nafas panjang2.
bertenang.
dan menangis sepuas2nya.
dan berdoa..selebeynya
kita usaha.
moga doa kita diterima TUHAN.

umi_e said...

Qisha... memang menakutkanbila disuspek FIV kan! Chiku pun suspek camtu tapi alhamdulillah rupanya tidak hanya radang mulut dan gusi - kena buat scaling dan rawatan sahaja - rasa lega...

* best juga ya kat UPM Vet dpat 60% discount. (Tak pernah pergi ke UPM)