TERIMA KASIH..

Tuesday, February 2, 2010

MERENDEK..

Semalam adalah masa merendek bersama papa bulus..Actually dah lama ajak dia tengok cite Case 39 tapi dia syik sibuk aje..Taklah tipu sebenarnya cite tu takde kat Mines, Jusco Cheras Selatan pun takde..Just ada kat Alamanda je..Waktunya pula adalah waktu bekerja or malam..Disebabkan mama bulus stay ngan family jadi dia tak dibenarkan pulang lewat..


Sebab itu juga mengapa malas nak tengok movie jauh2 masa weekdays..lagi satu coz malas nak meredah lautan kereta..Tapi semalam papa bulus ajak gi tengok cite ni..Dia bawak sampai Sunway Pyramid sebab kat Alamanda pun nite show dah takde..Mengapa saya beria2 nak tengok cerita ini? Pastinya saya termakan serta terminum dengan kata2 manis pengulas surat khabar itu..

Best ke tak cite ni?? Jawapannya adalah tidak berbaloi kami berjalan beribu batu walaupun naik kereta..Jalan ceritanya lembab dan walaupun 18SG tapi tak ganas langsung..Papa bulus sempat tertidur di awal cerita..Ya jalan cerita yang lembab..Dahlah tiket RM11.00..TAK BERBALOI..Lepas ni biar saya je jadi pengulas akhbar untuk cerita horror ni kerana saya tersangatlah suka ngan genre Seram..Jadi saya tau nak bezakan seram dan suram..

Cerita ni berkisar tentang Pekerja social Emily Jenkins (Renee Zellweger) merasa sudah melihat semua hal, hingga ia bertemu dengan satu kasus paling misterius, Lilith Sullivan (Jodelle Ferland), gadis berumur 10 tahun. Kekhawatiran Emily terjawab saat ia mengetahui kedua orang tua Lilith mencoba membunuh putri mereka sendiri. Emily menyelamatkan Lilith dan memutuskan untuk menjaganya hingga ia menemukan keluarga angkat yang sempurna untuknya. Gadis ini ternyata lebih berbahaya dari yang terlihat. Emily memutuskan untuk menemui orang tua Lilith. Ibunya meyakinkan bahwa putrinya memiliki kemampuan menghanguskan dan ayahnya menyatakan bahwa satu-satunya cara untuk menghindar dari Lilith adalah dengan membunuhnya.

Cerita ni ala2 cerita The Omen tapi cerita The Omen lagi best..


Kalau nak tengok budak2 berlakon sampai kita nak bagi pelempang kat budak tu saya suggest cite ni..


Tapi sangat tabik ngan pelakon kanak2 dalam suma cerita di atas..ekspresi mereka sangatlah menjadi..

0 comments: